Pengaruh gerrymandering terhadap pola pengundian di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan Bangi, Malaysia (Influence of gerrymandering on voting patterns in the Constituency Legislative Assembly Area of Kajang and Bangi, Malaysia)
Persempadanan sesuatu Bahagian Pilihan Raya di Malaysia dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Hal ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan perlu dilakukan setiap 10 tahun sekali berlandaskan kepada keadaan geografi sesuatu kawasan, tahap pembangunan, demografi, kemudahan asas dan...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/5645/ http://journalarticle.ukm.my/5645/ http://journalarticle.ukm.my/5645/1/1.geografia-okt%2520%25202012-junaidi-ukm-bm-kat1.pdf |
Summary: | Persempadanan sesuatu Bahagian Pilihan Raya di Malaysia dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Hal ini
termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan perlu dilakukan setiap 10 tahun sekali berlandaskan kepada
keadaan geografi sesuatu kawasan, tahap pembangunan, demografi, kemudahan asas dan komunikasi serta
kemampuan Kerajaan (Negeri dan Persekutuan) untuk menampung kos yang terlibat dengan penambahan kerusi
DUN. Namun amalan tersebut boleh memberi kelebihan kepada pemerintah sekiranya wujud gerrymandering.
Justeru itu dalam artikel ini, kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan Bangi dipilih
sebagai kes kajian untuk memeriksa pengaruh gerrymandering 2003 terhadap pola pengundian khususnya dalam
Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 dan PRU 2008. Berdasarkan data keputusan pilihan raya yang dikeluarkan oleh
SPR didapati bahawa persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 memang memberi kesan kepada keputusan
PRU 2004 iaitu memberi kelebihan kepada parti pemerintah. Namun pada PRU 2008 calon PAS dan PKR telah
memenangi masing-masing kerusi DUN Bangi dan Kajang kerana terkesan oleh pelbagai isu nasional dan krisis
kepemimpinan BN. Impak gerrymandering persempadanan semula kawasan pilihan raya terhadap keputusan
pilihan raya yang menyebelahi pemerintah umumnya hanya bersifat sementara sahaja. |
---|