‘Sihir’ budaya massa dalam hubungan sosial warga muda moden: satu ulasan

Artikel ini mengulas isu belia yang secara spesifik merujuk kepada orang muda. Isu belia tidak boleh dipisahkan daripada tema besar dalam tradisi sosiologi melalui pendekatan sains sosial kontemporari. Artikel ini bertujuan mengungkap bagaimana budaya popular dapat difahami. Ulasan meliputi budaya...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abdullah Sumrahadi, Ratnawati Yuni Suryandari
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5655/
http://journalarticle.ukm.my/5655/
http://journalarticle.ukm.my/5655/1/11.geografia-okt%2520%25202012-abi-melayu-kat.pdf
Description
Summary:Artikel ini mengulas isu belia yang secara spesifik merujuk kepada orang muda. Isu belia tidak boleh dipisahkan daripada tema besar dalam tradisi sosiologi melalui pendekatan sains sosial kontemporari. Artikel ini bertujuan mengungkap bagaimana budaya popular dapat difahami. Ulasan meliputi budaya pop sebagai konsep sejarah, teori dan operasi. Pendekatan dan pemikiran konseptual yang digunakan di sini adalah berasaskan perdebatan akar umbi sekolah Frankfurt dan derivasinya. Budaya popular dalam tema yang besar dapat dibahagikan kepada dua perkara pokok: pertama budaya kontemporari yang berkaitan rapat dengan pola penggunaan; kedua, gaya hidup moden yang mengelilingi orang muda. Perbincangan dimulakan dengan menjelaskan perspektif umum budaya massa berdasarkan paradigma teori. Kemudian ulasan mengungkap bagaimana warga muda terperangkap dan ‘tersihir’, mengasing dan seterusnya mengamalkan budaya popular dalam kehidupan seharian. Ulasan ini diharapkan dapat membantu orang muda membaca gejala dan memahami aktiviti sosial mereka dalam konteks pembinaan budaya moden.