Membangun pekerja pengetahuan di Kawasan Technopole: merealisasi permuafakatan pintar industri kecil dan sederhana di BHTV dan MSC

Pembangunan ‘pekerja pengetahuan’ di kawasan industri berteknologi tinggi (technopole) merupakan agenda pembentukan modal insan di peringkat global. Sesebuah technopole hanya akan terus berkembang sekiranya berjaya membangunkan modal insan pekerja pengetahuan mereka sendiri. Makalah ini bertujuan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Jalaluddin Abdul Malek
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5656/
http://journalarticle.ukm.my/5656/
http://journalarticle.ukm.my/5656/1/12.geografia-okt%25202012-jalaluddin-melayu-kat1.pdf
Description
Summary:Pembangunan ‘pekerja pengetahuan’ di kawasan industri berteknologi tinggi (technopole) merupakan agenda pembentukan modal insan di peringkat global. Sesebuah technopole hanya akan terus berkembang sekiranya berjaya membangunkan modal insan pekerja pengetahuan mereka sendiri. Makalah ini bertujuan meneroka peluang kerjasama pembangunan ‘pekerja pengetahuan’ antara dua zon perindustrian, iaitu Bandung High-Tech Valley (BHTV) di Indonesia dengan Malaysian Multimedia Super Corridor (MSC) di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kerjasama permuafakatan pintar (CQ). Manakala kaedah analisis SWOT (kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman) digunakan sebagai asas penilaian. Hasil analisis mendapati memang terdapat kekuatan dan peluang untuk jaringan strategik itu berlaku. Usahawan Kelas Menengah (UKM) di BHTV dan firma industri kecil dan sederhana (SMI) di MSC perlu mengatasi kelemahan dan ancaman yang mereka hadapi dengan menyemai budaya permuafakatan pintar (CQ). Untuk tujuan itu, para pelabur SMI atau UKM di kedua-dua kawasan itu perlu bertindak dengan inisiatif sendiri membangun modal insan ‘pekerja pengetahuan’ mereka dengan mewujudkan jaringan strategik dan permuafakatan pintar.