Potensi tarikan ekopelancongan rekreasi di Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Sungai Klah, Perak
Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) FELDA Residence Hot Springs Sungai Klah, Sungkai terletak di pedalaman FELDA, merupakan destinasi ekopelancongan baru berasaskan alam semula jadi iaitu sumber mata air panas dan air gunung yang diuruskan oleh Plantation Resort Sdn.Bhd (PRSB). Kajian ini bertujuan un...
Main Authors: | , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/5657/ http://journalarticle.ukm.my/5657/ http://journalarticle.ukm.my/5657/1/13.geografia-okt%25202012-rozniza%2520et%2520al-melayu-am.pdf |
Summary: | Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) FELDA Residence Hot Springs Sungai Klah, Sungkai terletak di pedalaman
FELDA, merupakan destinasi ekopelancongan baru berasaskan alam semula jadi iaitu sumber mata air panas dan
air gunung yang diuruskan oleh Plantation Resort Sdn.Bhd (PRSB). Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti
potensi Taman Rekreasi Air Panas (TRAP ) FELDA Residence Hot Springs Sungai Klah sebagai produk
pelancongan FELDA, meneliti aktiviti rekreasi dan daya tarikan yang terdapat di TRAP, menilai kemudahan
dan persekitaran yang disediakan, dan menilai persepsi pelancong terhadap TRAP. Seramai 50 orang pelancong
yang terlibat dalam kajian ini yang dipilih secara rawak. Kaedah kaji selidik digunakan dan data yang diperoleh
dianalisis menggunakan program SPSS versi 15.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelancong yang datang ke
TRAP bertujuan untuk bermandi-manda, melakukan aktiviti merebus telur, berjalan di laluan titi kayu sambil
memerhatikan flora, fauna dan sumber mata air panas yang menjadi terapi sauna semulajadi ketika berjalan di
laluan titi kayu tersebut. Pelancong yang datang kebanyakannya berpuas hati dengan kemudahan yang
disediakan dan terdapat juga segelintir pelancong yang kurang berpuas hati terhadap kemudahan pengangkutan,
kemudahan rekreasi, penginapan dan bayaran masuk. Walau bagaimanapun, pelancong masih lagi ingin
berkunjung ke TRAP memandangkan destinasi ini menarik dan berpotensi untuk maju di masa hadapan. |
---|