Persepsi pelancong terhadap agensi pelancongan di Langkawi Geopark
Pembangunan sektor pelancongan di Pulau Langkawi boleh disifatkan sebagai sebahagian daripada usaha membina, memperluas dan mempelbagaikan asas ekonomi negara dalam sektor perkhidmatan agar sektor ini menjadi lebih dinamik, progresif dan berdaya maju. Kajian ini bertujuan menganalisis persepsi dan...
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/5659/ http://journalarticle.ukm.my/5659/ http://journalarticle.ukm.my/5659/1/15.geografia-okt%25202012-azni%2520et%2520al-langkawi-am.pdf |
Summary: | Pembangunan sektor pelancongan di Pulau Langkawi boleh disifatkan sebagai sebahagian daripada usaha membina,
memperluas dan mempelbagaikan asas ekonomi negara dalam sektor perkhidmatan agar sektor ini menjadi lebih
dinamik, progresif dan berdaya maju. Kajian ini bertujuan menganalisis persepsi dan tingkat kepuasan pelancong
terhadap kemudahan perkhidmatan yang disediakan oleh agensi pelancongan Bumiputera di kawasan kajian.
Lazimnya setiap perkhidmatan yang ditawarkan akan mempengaruhi keputusan pelancong untuk mengadakan
lawatan ulangan atau sebaliknya. Kajian dilakukan di pintu masuk utama pulau ini iaitu di terminal jeti, lapangan
terbang Langkawi dan sekitar pantai Chenang melalui set soal selidik disediakan kepada pelancong yang bekunjung
ke Langkawi. Hasil kajian mendapati harga yang ditawarkan oleh agensi pelancong tidak menyenangkan pelancong
yang menggunakan perkhidmatan ini terutama semasa musim perayaan atau cuti umum. Faktor-faktor penyelarasan
harga dan pelbagai faktor lain perlu dibuat bagi memastikan bilangan pelancong lebih berpuas hati untuk
menggunakan agensi pelancongan ini. |
---|