Pengurusan pengetahuan dalam penyumberan luar perakaunan luar pesisir
Pengurusan pengetahuan merupakan isu utama yang sering dihadapi firma yang terlibat dalam industri penyumberan luar perakaunan luar pesisir. Objektif utama kertas kerja ini ialah untuk memahami cabaran dalam pengurusan pengetahuan dalam penyumberan luar perakaunan luar pesisir bagi syarikat pembek...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
FEP
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/5690/ http://journalarticle.ukm.my/5690/ http://journalarticle.ukm.my/5690/1/vol3ch4.pdf |
Summary: | Pengurusan pengetahuan merupakan isu utama yang sering dihadapi firma yang terlibat dalam industri penyumberan
luar perakaunan luar pesisir. Objektif utama kertas kerja ini ialah untuk memahami cabaran dalam pengurusan
pengetahuan dalam penyumberan luar perakaunan luar pesisir bagi syarikat pembekal perkhidmatan. Kertas kerja ini
juga membincangkan bagaimana syarikat tersebut mengatasi cabaran pengurusan pengetahuan. Kajian ini menggunakan
pendekatan kajian kes intepretif sebuah syarikat UK yang beroperasi di Malaysia. Kertas kerja ini meninjau aspek
pengurusan pengetahuan dalam setiap kitar penciptaan, penyimpanan, pemindahan dan aplikasi pengetahuan. Hasil
kajian menunjukkan bahawa cabaran utama dalam pengurusan pengetahuan ialah kesukaran untuk melatih pekerja
baharu dan antara kaedah utama yang digunakan untuk mengatasi cabaran ini adalah melalui latihan tidak formal.
Dapatan awal kajian ini turut menyumbang kepada teori tentang peningkatan bakat melalui amalan pendokumentasian
dan latihan tidak formal. Secara praktis pula, ia mengetengahkan mekanisma pengurusan pengetahuan yang boleh
diguna pakai oleh syarikat pembekal bersaiz kecil untuk menguruskan pengetahuan secara lebih berkesan, terutamanya
dalam industri perkhidmatan penyumberan luar perakaunan. |
---|