Kesan pendekatan pembelajaran masteri terhadap pencapaian kemahiran membaca Bahasa Melayu murid pemulihan sekolah rendah

Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan Pendekatan Pembelajaran Masteri terhadap pencapaian dalam kemahiran membaca murid pemulihan di sekolah rendah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen dengan menggunakan ujian pra dan pasca kepada 60 murid pemulihan yang mempunyai tahap pencapaia...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abdull Sukor Shaari, Kalaidevi A/P Aplanaidu
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5724/
http://journalarticle.ukm.my/5724/
http://journalarticle.ukm.my/5724/1/94-105%2520Sukor%2520et%2520al.UUM.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan Pendekatan Pembelajaran Masteri terhadap pencapaian dalam kemahiran membaca murid pemulihan di sekolah rendah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen dengan menggunakan ujian pra dan pasca kepada 60 murid pemulihan yang mempunyai tahap pencapaian yang rendah di dua buah sekolah luar bandar di Kedah. Sampel kajian sekolah A dipilih sebagai Kumpulan Eksperimen manakala sampel kajian sekolah B sebagai Kumpulan Kawalan. Dapatan kajian dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Sciences for Windows Version 16.0 (SPSS). Analisis statistik inferensi ujian-t digunakan untuk membandingkan min-min pencapaian murid kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Berdasarkan analisis ujian-t kumpulan eksperimen yang diajar dengan menggunakan pendekatan masteri menunjukkan skor penguasaan yang lebih tinggi dalam kemahiran membaca jika dibandingkan dengan kumpulan kawalan yang diajar dengan menggunakan pendekatan konvensional.