Persepsi politik belia India di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) (Political perception of Indian youths in Malaysia’s public higher learning institutions)

Sokongan kaum India, khususnya belia terhadap MIC (Malaysian Indian Congres) dikatakan kian merosot. MIC tidak lagi relevan sebagai parti yang mewakili masyarakat India seperti yang dibuktikan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, 2008, majoriti calonnya tewas . Artikel ini berttujuan untuk mengkaj...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Fuad Mat Jali, Junaidi Awang Besar, Novel Lyndon, Viknesh a/l Ramachandran, Mohd Jalaluddin Hashim
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5726/
http://journalarticle.ukm.my/5726/
http://journalarticle.ukm.my/5726/1/1c.geografia-nov%25202012-si-fuad%2520et%2520al-edkat2.pdf
Description
Summary:Sokongan kaum India, khususnya belia terhadap MIC (Malaysian Indian Congres) dikatakan kian merosot. MIC tidak lagi relevan sebagai parti yang mewakili masyarakat India seperti yang dibuktikan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, 2008, majoriti calonnya tewas . Artikel ini berttujuan untuk mengkaji persepsi politik belia India di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Kajian ini melibatkan 150 orang pelajar India dari tiga buah universiti awam, iaitu UKM, UPM dan UM. Berdasarkan kaji selidik dan pemerhatian, dapatan kajian menunjukkan kebanyakan belia India IPTA masih menyokong BN, namun mereka mahukan isu-isu penting dalam masyarakat India iaitu isu pendidikan di sekolah Tamil, pemberian biasiswa, isu kuota, isu agama dan isu sosioekonomi diselesaikan oleh kepemimpinan MIC sebaiknya. Mereka juga melayari laman web untuk mendapatkan maklumat politik terkini dan memilih calon yang mempunyai karisma atau ketokohan, kelayakan akademik yang tinggi dan calon muda serta parti politik yang memperjuangkan isu kemanusiaan seperti ketelusan, keadilan, hak asasi manusia, anti rasuah; memperjuangkan isu alam sekitar. Majoriti belia India IPTA akan memilih MIC dan BN sebagai parti politik mereka dalam PRU ke-13 jika parti tersebut lebih proaktif dalam menangani isu yang dihadapi oleh masyarakat India di Malaysia. Belia India IPTA juga menyatakan hanya MIC yang dapat memperjuangkan hak kaum India dan mereka juga menjangkakan BN akan terus menang dalam PRU akan datang.