Profil pemikiran Banjar: satu kajian perbandingan antara Suku Banjar di Malaysia dan di Indonesia (Profile of thinking: a comparative study among Banjar in Malaysia and Indonesia)

Kajian ini cuba menyelidiki profil pemikiran Banjar dalam aspek sahsiah, pandangan terhadap kemajuan dunia, aspek keusahawanan dan kesetiaan pada negara. Kaji selidik telah dilakukan untuk memperolehi profil pemikiran mereka. Alat pengukuran sahsiah, pandangan terhadap kemajuan dunia, keusahawanan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Rahim Aman, Zulkifley Hamid, Shahidi A. Hamid
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5727/
http://journalarticle.ukm.my/5727/
http://journalarticle.ukm.my/5727/1/2c.geografia-nov%25202012-si-rahim%2520aman-edkat2.pdf
Description
Summary:Kajian ini cuba menyelidiki profil pemikiran Banjar dalam aspek sahsiah, pandangan terhadap kemajuan dunia, aspek keusahawanan dan kesetiaan pada negara. Kaji selidik telah dilakukan untuk memperolehi profil pemikiran mereka. Alat pengukuran sahsiah, pandangan terhadap kemajuan dunia, keusahawanan dan kesetiaan pada negara telah ditadbirkan kepada responden yang berketurunan Banjar seramai 300 orang. Responden terdiri dari 257 orang berketurunan Banjar di Malaysia dan 43 orang berketurunan Banjar di Indonesia. Melalui analisis statistik deskriptif didapati tahap pemikiran Banjar dari segi sahsiah berada pada tahap yang tinggi (78.02), manakala dari aspek pandangan terhadap kemajuan dunia berada pada tahap sederhana (67.12), aspek keusahawanan berada pada tahap tinggi (71.23), dan aspek kesetiaan pada negara pula turut berada pada tahap yang tinggi (87.25). Secara keseluruhan, indeks pemikiran Banjar berada pada tahap yang tinggi (75.96). Ujian t memperlihatkan perbezaan yang signifikan dari segi pandangan terhadap kemajuan dunia (t = 2.200, p<0.05) antara Banjar di Malaysia (min 85.37) dan di Indonesia (min 81.07). Demikian juga, ujian t memperlihatkan perbezaan yang signifikan dari segi keusahawanan (t = 8.542, p<0.05) antara Banjar di Malaysia (min 39.61) dan di Indonesia (min 31.71). Namun dari segi sahsiah dan kesetiaan pada negara, ujian t menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara Banjar di Malaysia dan di Indonesia. Dengan menggunakan ujian ANOVA dua hala dan ANOVA tiga hala, didapati wujud perbezaan tahap sahsiah antara negara, tempat tinggal dan jantina (F = 6.728, p <0.05), dan dengan ujian ANOVA dua hala didapati terdapat perbezaan tahap keusahawanan antara negara dan tempat tinggal (F = 7.818, p <0.05), juga perbezaan tahap kesetiaan yang signifikan mengikut negara dan tempat tinggal (F = 7.738, p <0.05). Pengkaji berharap dapatan kajian ini dapat memberikan sumbangan idea untuk meningkatkan pemikiran Banjar, dan seterusnya memajukan lagi masyarakat Banjar di seluruh Nusantara.