Pengaruh populariti calon, sentimen nasional dan politik pembangunan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) P185 Batu Sapi, Sabah (Influence of candidates’ popularity, national sentiment and development in the by-election of P185 Batu Sapi, Sabah)
Pilihan Raya Kecil (PRK) P185 Batu Sapi yang diadakan pada 4 November 2010 berlangsung berikutan kematian penyandangnya iaitu mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54 tahun pada 9 Oktober 2010. PRK ini melibatkan pertandingan tiga penjuru, iaitu antara Barisan Nasional (BN) diwakili oleh balu mendi...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/5728/ http://journalarticle.ukm.my/5728/ http://journalarticle.ukm.my/5728/1/3c.geografia-nov%25202012-si-junaidi%2520et%2520al-edkat2.pdf |
Summary: | Pilihan Raya Kecil (PRK) P185 Batu Sapi yang diadakan pada 4 November 2010 berlangsung berikutan
kematian penyandangnya iaitu mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54 tahun pada 9 Oktober 2010. PRK
ini melibatkan pertandingan tiga penjuru, iaitu antara Barisan Nasional (BN) diwakili oleh balu mendiang Datuk
Edmund iaitu Linda Tsen Thau Lin; Parti Keadilan Rakyat (PKR) diwakili oleh Ansari Abdullah; dan Parti
Maju Sabah (SAPP) diwakili oleh presidennya Datuk Yong Teck Lee. Artikel ini bertujuan menganalisis
pengaruh populariti calon di samping sentimen pembangunan dan kenegerian dalam mencorakkan pola
pengundian dalam PRK di Batu Sapi. Menggunakan data sekunder dan pemerhatian di lapangan, kajian ini
mendapati bahawa pola pengundian menunjukkan pengundi Bumiputera Islam cenderung dipengaruhi oleh
sentimen politik pembangunan; manakala pengundi Cina cenderung sama ada kepada PKR yang bergantung
kepada sentimen politik nasional (tsunami politik PRU 2008) atau SAPP yang popular sebagai bekas Ketua
Menteri Sabah yang memperjuangkan isu kenegerian “Sabah untuk rakyat Sabah”. Justeru, majoriti 60.1 peratus
pengundi Bumiputera Islam daripada keseluruhan pemilih di Batu Sapi telah mempengaruhi keputusan PRK ini
yang memihak kepada BN dengan majoriti 6,359 undi. Secara realitinya sentimen politik pembangunan masih
menjadi pertimbangan utama pengundian dalam kalangan pengundi di Batu Sapi. |
---|