Dilema perumahan penduduk tempatan Bukit Fraser dalam arus pembangunan ekopelancongan (Ecotourism development and the housing dilemma of the local community: the case of Fraser’s Hill)
Konsep perumahan bukan hanya setakat menyediakan tempat berteduh, tetapi mencakupi komponen prasarana/infrastruktur, kemudahan awam dan perkhidmatan sosial, alam persekitaran dan komuniti. Setiap komponen yang tersenarai memerlukan perancangan penyediaan dan pengagihan supaya kawasan perumahan me...
Main Authors: | , , , , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/5730/ http://journalarticle.ukm.my/5730/ http://journalarticle.ukm.my/5730/1/5c.geografia-nov%25202012-si-rosniza-edam.pdf |
Summary: | Konsep perumahan bukan hanya setakat menyediakan tempat berteduh, tetapi mencakupi komponen
prasarana/infrastruktur, kemudahan awam dan perkhidmatan sosial, alam persekitaran dan komuniti. Setiap
komponen yang tersenarai memerlukan perancangan penyediaan dan pengagihan supaya kawasan perumahan
memenuhi kehendak penduduknya kerana ia melibatkan perubahan dalam masyarakat dan sistem sosial
daripada keadaan yang dianggap tidak memuaskan kepada keadaan yang lebih baik akibat beberapa kriteria
yang seragam dalam lingkungan yang dibentuk. Tujuan kajian ini ialah memantau kesejahteraan penduduk
tempatan dalam aspek perumahan di Bukit Fraser yang merupakan destinasi eko pelancongan tersohor di negeri
Pahang. Kajian mendapati saiz rumah, reka bentuk rumah, susunatur perumahan, rekabentuk jalanraya, bilangan
lampu jalan, kemudahan tempat beribadah, kemudahan tempat pembuangan sampah sarap berpusat dan
berhampiran kawasan tempat tinggal, dan kemudahan bagi penduduk lama sebagai faktor-faktor perumahan
yang mempengaruhi kualiti kesejahteraan hidup penghuni di Bukit Fraser. |
---|