Isu semasa dan persepsi belia terhadap politik dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak 2011 (Current issues and the perception of youth on politics in the General Election of Sarawak State Legislative Assembly 2011)
Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sarawak 2011 yang ke-10 diadakan pada 16 April 2011 setelah hampir tamat tempoh lima tahun sepenggal pada tahun 2012. Pilihan raya ini penting untuk melihat kekuatan BN dan sokongan pengundi muda dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Arti...
Main Authors: | , , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/5740/ http://journalarticle.ukm.my/5740/ http://journalarticle.ukm.my/5740/1/15c.geografia-nov%25202012-si-fuad%2520junaidi-edkat.pdf |
Summary: | Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sarawak 2011 yang ke-10 diadakan pada 16 April
2011 setelah hampir tamat tempoh lima tahun sepenggal pada tahun 2012. Pilihan raya ini penting untuk melihat
kekuatan BN dan sokongan pengundi muda dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Artikel ini
bertujuan untuk menganalisis isu dan persepsi politik pengundi muda dalam PRU DUN Sarawak 2011. Kajian
ini dilakukan di Zon Sarawak Barat. Data primer diperolehi melalui pemerhatian dan temu bual tidak formal
serta kaji selidik terhadap 1,522 orang responden di 22 kawasan DUN Sarawak. Data sekunder diperolehi
melalui kajian kepustakaan. Hasil kajian menunjukkan isu pembangunan dijadikan modal kempen utama pihak
BN manakala parti pembangkang mengetengahkan isu seperti kenaikan harga bahan api dan harga barang dalam
kempen mereka. Parti pembangkang juga memanipulasi isu tanah NCR dan rasuah serta kepemimpinan Ketua
Menteri Sarawak dalam siri ceramah politik dan risalah mereka. Rata-rata pengundi muda bersetuju dengan
program pembangunan kerajaan namun banyak yang perlu dilakukan. Untuk mendapatkan sokongan pengundi
muda, keperluan sosioekonomi golongan muda perlu dipenuhi oleh pihak yang berkenaan. Seterusnya, pengundi
muda menjangkakan BN akan terus menang seterusnya memerintah negeri Sarawak untuk penggal berikutnya. |
---|