Analisis kelebihan kompetitif ekopelancongan di Mukim Ulu Dong, Raub, Pahang, Malaysia (The competitive edge in Malaysian ecotourism: an analysis of Dong, Raub)

Ekopelancongan memfokus kepada budaya lokal, tarikan perhutanan, pertumbuhan peribadi dan pembelajaran gaya hidup baru. Kajian ini bertujuan mengenal pasti potensi ekopelancongan di Lata Jarum berdasarkan Model Diamond Porter. Faktor yang menggalak penciptaan kelebihan bersaing seperti syarat-syar...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Er, Ah Choy, Asmahani Atan, Harsuzilawati Muhammed, Zaini Sakawi, Adam, JH
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5742/
http://journalarticle.ukm.my/5742/
http://journalarticle.ukm.my/5742/1/17c.geografia-nov%25202012-si-er%2520zaini-edam1.pdf
Description
Summary:Ekopelancongan memfokus kepada budaya lokal, tarikan perhutanan, pertumbuhan peribadi dan pembelajaran gaya hidup baru. Kajian ini bertujuan mengenal pasti potensi ekopelancongan di Lata Jarum berdasarkan Model Diamond Porter. Faktor yang menggalak penciptaan kelebihan bersaing seperti syarat-syarat faktor, syarat-syarat permintaan, industri-industri berkait dan sokongan, serta strategi firma, struktur dan persaingan akan dikenalpasti. Data sekunder dikumpulkan dari Kerajaan Negeri Pahang (termasuk Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser), Majlis Daerah Raub, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Tinjauan dan kajian lapangan dilakukan melalui survei dan temubual dengan ‘key informant’ berdasarkan set soal selidik serta kajian di perkampungan Melayu dan Orang Asli. Ringkasnya Lata Jarum mempunyai syarat-syarat faktor yang menggalakkan, terutama kerana peruntukan sumber-sumber fizikalnya. Syarat-syarat permintaan juga wujud, tetapi syarat-syarat permintaan kekurangan di pasaran asing akibat promosi yang amat kekurangan di luar negara. Daripada segi industri berkait dan sokongan, majoriti firma memahami dan mengetahui kehendak dan keperluan pelanggan masing-masing. Namun, mereka masih lebih ramai pelanggan lagi. Sokongan daripada pihak kerajaan di perlukan kerana prospek pembangunan ekopelancongan amat cerah di Lata Jarum.