Kemudahterancaman dan kelestarian hidup komuniti luar bandar: satu penelitian dari sudut kerangka kelestarian hidup
Kertas ini bertujuan meneliti tahap kemudahterancaman aktiviti ekonomi dan kehidupan komuniti luar bandar di Mukim Penyabung, Mersing, Johor. Dalam membuat penelitian ini, kerangka kelestarian kehidupan (Sustainable Livelihood Framework) telah dijadikan panduan. Selaras dengan kerangka penelitian in...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
University Kebangsaan Malaysia
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/5751/ http://journalarticle.ukm.my/5751/ http://journalarticle.ukm.my/5751/1/C4-7.pdf |
Summary: | Kertas ini bertujuan meneliti tahap kemudahterancaman aktiviti ekonomi dan kehidupan komuniti luar bandar di Mukim Penyabung, Mersing, Johor. Dalam membuat penelitian ini, kerangka kelestarian kehidupan (Sustainable Livelihood Framework) telah dijadikan panduan. Selaras dengan kerangka penelitian ini, kemudahterancaman dan kelestarian kehidupan komuniti kajian adalah tertakluk kepada sejauhmanakah penguasaan mereka terhadap beberapa modal berikut: modal fizikal, modal sosial, modal kewangan, modal manusia, dan modal semulajadi. Turut menentukan kemudahterancaman dan kelestarian kehidupan komuniti kajian adalah tekanan dan kejutan daripada faktor-faktor di luar kawalan mereka yang terhasil daripada tindakan manusia, perubahan alam sekitar dan dasar pemerintah. Bahagian akhir penulisan ini pula membincangkan beberapa strategi ke arah menanggani masalah kemudahterancaman tersebut disertai dengan mengemukakan beberapa syor bagi meningkatkan kelestarian hidup dalam kalangan komuniti kajian. |
---|