Tanggungjawab sosial korporat dan pembangunan ekonomi komuniti: kajian kes perspektif komuniti penerima

Syarikat korporat melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (TSK) telah dikenal pasti sebagai salah satu penyumbang kepada program pembangunan komuniti. Justeru itu berbagai-bagai usaha telah dilaksanakan bagi menggalakkan inisiatif ini. Namun begitu sejauh manakah inisiatif TSK dapat menyum...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Sarmila Md Sum, Zaimah Ramli, Novel Lyndon, Azima Abdul Manaf, Suhana Saad, Sivapalan Selvadurai
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5845/
http://journalarticle.ukm.my/5845/
http://journalarticle.ukm.my/5845/1/1ok.geografia-dis%2520%25202012-sarmila-edkat.pdf
Description
Summary:Syarikat korporat melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (TSK) telah dikenal pasti sebagai salah satu penyumbang kepada program pembangunan komuniti. Justeru itu berbagai-bagai usaha telah dilaksanakan bagi menggalakkan inisiatif ini. Namun begitu sejauh manakah inisiatif TSK dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi komuniti? Artikel ini meneliti perspektif komuniti penerima yang terlibat dengan projek TSK yang telah dilaksanakan oleh syarikat korporat di Pasir Puteh Kelantan. Bagi menjawab persoalan ini seramai 45 ahli komuniti peladang yang terlibat dengan projek TSK telah dikaji selidik. Analisis ke atas data tentang pengalaman peserta projek telah dapat mengenal pasti 15 tema asas.Tema-tema tersebut telah digabungkan menjadi tiga tema utama berdasarkan komponen makna, iaitu peluang pekerjaan, penjanaan sumber pendapatan dan penjanaan aset. Ketiga-tiga tema ini menunjukkan makna pembangunan ekonomi yang diberikan oleh komuniti yang terlibat dengan inisiatif TSK tersebut.