Cerita rakyat dan stereotaip dalam konteks pembinaan identiti Madura
Cerita rakyat tidak hanya berfungsi untuk menghibur tetapi turut mempunyai fungsi sosial yang lain. Berdasarkan analisis kandungan ke atas sejumlah cerita rakyat mengenai orang Madura, artikel ini cuba mengupas bagaimana cerita rakyat boleh menjadi salah satu elemen yang menyumbang kepada pembentu...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/5847/ http://journalarticle.ukm.my/5847/ http://journalarticle.ukm.my/5847/1/3ok.geografia-dis%2520%25202012-Fauzi-edkat.pdf |
Summary: | Cerita rakyat tidak hanya berfungsi untuk menghibur tetapi turut mempunyai fungsi sosial yang lain.
Berdasarkan analisis kandungan ke atas sejumlah cerita rakyat mengenai orang Madura, artikel ini cuba
mengupas bagaimana cerita rakyat boleh menjadi salah satu elemen yang menyumbang kepada pembentukan
identiti orang Madura. Hasil analisis mendapati bahawa cerita rakyat mengenai orang Madura berakar umbi
daripada beberapa sumber, iaitu daripada masyarakat Madura, catatan kolonial Belanda, dan kelompok etnik
lain. Sebahagian cerita rakyat itu tidak hanya mengandungi stereotaip tetapi juga menjadi modal identiti kepada
orang Madura. Cerita rakyat yang datangnya daripada orang Madura itu sendiri yang terdapat di dalam bentuk
lagenda menampilkan citra positif orang Madura. Manakala cerita rakyat yang berupa tafsiran orang lain
terhadap orang Madura lebih menampilkan citra dan identiti negatif orang Madura. Seiring dengan
perkembangan zaman, cerita rakyat yang dahulunya beredar secara lisan telah disebar-luaskan melalui proses
migrasi dan media massa, seperti media cetak dan internet. |
---|