Persepsi komuniti terhadap masalah bau dari operasi tapak pelupusan Terbuka Krubung, Melaka

Bau merupakan salah satu komponen persekitaran yang sangat kompleks. Perubahan ke atas ciri semulajadi atau melalui aktiviti manusia ke atas sesuatu sumber bau boleh memberi kesan yang positif dan negatif. Kesan positif boleh dikesan melalui bau yang selesa, segar dan menyenangkan. Sementara kesan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Zaini Sakawi, Lukman Ismail, Mohd Rozaimi Ariffin, Noor Khafazilah Abdullah, Sharifah Mastura SA, Othman Jaafar
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5851/
http://journalarticle.ukm.my/5851/
http://journalarticle.ukm.my/5851/1/7ok.Geografia-dis%25202012-Zaini%2520et%2520al-edam.pdf
Description
Summary:Bau merupakan salah satu komponen persekitaran yang sangat kompleks. Perubahan ke atas ciri semulajadi atau melalui aktiviti manusia ke atas sesuatu sumber bau boleh memberi kesan yang positif dan negatif. Kesan positif boleh dikesan melalui bau yang selesa, segar dan menyenangkan. Sementara kesan negatif mendatangkan kacau-ganggu, kesejahteraan kualiti hidup, kesihatan dan psikologi individu. Rentetan itu, kajian ini membincangkan pencemaran bau dari tapak pelupusan secara terbuka di Krubong, Melaka. Fokus kajian adalah ke atas ciri utama intensiti bau, tahap keterdedahan dan tempoh bau berlangsung. Seterusnya impak pencemaran bau ke atas penerima sensitif dibincangkan berdasarkan persepsi mereka yang tinggal dalam lingkungan 5 kilometer dari tapak pelupusan tersebut. Dapatan kajian menunjukkan intensiti bau di kalangan penerima sensitif berbeza-beza mengikut jarak dari tapak pelupusan. Begitu juga dengan impak negatif dari operasi tapak pelupusan menunjukkan variasi impak yang ketara.