Kemahiran komunikasi interpersonal ekspresif: mencipta guru Bahasa Indonesia yang penyayang
Kajian ini bertujuan mengkaji kemahiran komunikasi interpersonal ekspresif guru (KKIEG) ketika proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) bahasa Indonesia di dalam bilik darjah ketika guru memulakan P&P, semasa P&P, dan ketika guru menutup P&P. Kajian ini ialah kajian kes yang menggun...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UKM
2013
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/6049/ http://journalarticle.ukm.my/6049/ http://journalarticle.ukm.my/6049/1/2231-4415-1-SM.pdf |
Summary: | Kajian ini bertujuan mengkaji kemahiran komunikasi interpersonal ekspresif guru (KKIEG) ketika proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) bahasa Indonesia di dalam bilik darjah ketika guru memulakan P&P, semasa P&P, dan ketika guru menutup P&P. Kajian ini ialah kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan lima orang guru yang mengajar subjek Bahasa Indonesia.Teknik pengutipan data yang digunakan ialah pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen. Data dianalisis secara tematik menggunakan perisian NVivo. Secara keseluruhan, data kajian menunjukkan KKIEG ketika memulakan, semasa, dan menutup P&P menghasilkan pola yang berbeza, tetapi mempunyai matlamat yang sama, iaitu untuk membentuk sikap belajar murid dan untuk memantapkan penguasaan bahan pelajaran murid. Dapatan kajian menunjukkan ketika memulakan proses P&P, guru menggunakan komunikasi interpersonal ekspresif seperti memberi salam, memuji, dan mengecam murid. Semasa P&P guru menggunakan komunikasi interpersonal ekspresif memuji dengan alasan, memuji dengan sopan santun, mengecam, menyindir, mengancam dan menuduh murid. Ketika menutup P&P pula, guru menggunakan komunikasi interpersonal ekspresif seperti mengecam, menuduh, dan memberi salam kepada murid. Kesimpulannya, KKIEG belum mencapai tahap maksimum kerana ketika proses P&P, sama ada memulakan, semasa dan menutup P&P masih terdapat KKIEG yang tidak sesuai digunakan seperti ekspresif mengecam, mengancam, menuduh, tidak memuji dengan sopan santun, dan menyindir murid. |
---|