Clinical value of a rapid fully automated thyroid autoantibody assay in the diagnosis and management of graves disease

Penyebab utama hipertiroidisme adalah Penyakit Grave (GD). Ia merupakan penyakit autoimun dimana berlaku pengikatan antibodi terhadap reseptor hormon perangsang tiroid (TRAb). Tujuan kajian ini adalah untuk memvalidasi pengujian TRAb dari segi kejituan, sensitiviti, spesifisiti dan nilai cut-off. Uj...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hanita, O, Azura, NR, Faizal, MMZ
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6058/
http://journalarticle.ukm.my/6058/
http://journalarticle.ukm.my/6058/1/03-MS143_%2824-31%29.pdf
Description
Summary:Penyebab utama hipertiroidisme adalah Penyakit Grave (GD). Ia merupakan penyakit autoimun dimana berlaku pengikatan antibodi terhadap reseptor hormon perangsang tiroid (TRAb). Tujuan kajian ini adalah untuk memvalidasi pengujian TRAb dari segi kejituan, sensitiviti, spesifisiti dan nilai cut-off. Ujian kejituan (CV) dilakukan secara dalam masa dan sela masa menggunakan dua tahap kawalan kualiti pada julat kepekatan rendah 3.78-7.02 IU/L dan julat kepekatan tinggi 13.5-21.2 IU/L. Untuk menentukan sensitiviti, spesifisiti dan nilai cut-off, 124 sampel serum dari 46 GD , tujuh tiroiditis Hashimoto (HD), 11 goiter nodular non-autoimmune (NAG), dua kanser tiroid and 58 normal sebagai kawalan telah diambil secara retrospektif. Kejituan dalam masa adalah 2.4% pada kepekatan 3.90 IU/L(julat: 3.78-7.02 IU/l) and 0.8% pada kepekatan 20.80 IU/L (julat:13.5-21.2 IU/l). Kejituan keseluruhan adalah 3.8% pada kepekatan 3.80 IU/L (julat:13.5-21.2 IU/l) dan 1.0% pada 20.8 IU/L (julat:13.5-21.2 IU/l). Analisa Receiver-operating characteristic (ROC) menunjukkan sensitiviti terbaik (94%) dan spesifisiti terbaik (98%) adalah pada nilai cut-off 1.69 IU/L. Positive predictive value (PPV) dan negative predictive value (NPV) berada pada 95% dan 94%. Pada nilai 1.69 IU/l ini, didapati sensitiviti untuk 29 sampel pesakit yang baru didiagnosa dengan GD berada pada 94%. Dari kajian ini didapati esai TRAb yang mengambil masa 27 minit ini mempunyai kejituan yang baik, sensitiviti yang tinggi untuk mengesan penyakit GD dan spesifisiti yang bagus untuk membezakan GD dari penyakit tiroid yang lain dan membantu dalam rawatan pesakit tiroid.