Islam dan pembentukan jati diri bangsa Melayu
Islam terdiri daripada tiga perkara asas, iaitu akidah, syariah dan akhlak. Ketiga-tiga asas ini telah melatari sejarah dan perkembangan Islam khususnya dalam pembentukan nilai-nilai murni dalam tingkah laku umat Islam. Ia juga telah mencorak seluruh kehidupan umat Islam dan memberi sumbangan yang...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/6103/ http://journalarticle.ukm.my/6103/ http://journalarticle.ukm.my/6103/1/JD005862_143-154.pdf |
Summary: | Islam terdiri daripada tiga perkara asas, iaitu akidah, syariah dan akhlak. Ketiga-tiga asas ini telah melatari sejarah dan perkembangan Islam khususnya dalam pembentukan nilai-nilai murni dalam tingkah laku umat Islam. Ia juga
telah mencorak seluruh kehidupan umat Islam dan memberi sumbangan yang sangat signifikan terhadap perkembangan tamadun manusia secara keseluruhan. Di Malaysia, asas-asas yang menjadi tunggak ajaran Islam itu berjalan serentak
dengan pembentukan budaya dan cara hidup masyarakat Melayu. Hubungan ini diakui oleh pengkaji-pengkaji sosial yang mengkaji amalan dan nilai-nilai dalam cara hidup masyarakat Melayu. Artikel ini akan membahaskan hubungan Islam dengan pembentukan jati diri bangsa Melayu melalui pendekatan naratif hasil analisa daripada dokumen-dokumen sejarah dan dapatan-dapatan penyelidikan semasa. Hasil dapatan kajian menunjukkan, wujud hubungan yang signifikan antara Islam dan jati diri masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun nilai-nilai Islam yang wujud boleh terhakis kesan daripada cabaran-cabaran semasa sekiranya usaha-usaha memeliharanya tidak dilaksanakan secara konsisten dan bersungguh-sungguh. |
---|