Konflik Selatan Thailand pasca Thaksin Shinawatra

Rampasan kuasa oleh pihak tentera pada tahun 2006 tidak membawa sebarang perubahan drastik terhadap konflik dan keganasan yang tercetus di wilayah selatan Thailand. Penguasaan tentera dalam kerajaan Surayud Chulanoth sebagai Perdana Menteri hanya mengurangkan insiden keganasan untuk tempoh w...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Azhar Ahmad, Jayum Jawan
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6229/
http://journalarticle.ukm.my/6229/
http://journalarticle.ukm.my/6229/1/e.pdf
Description
Summary:Rampasan kuasa oleh pihak tentera pada tahun 2006 tidak membawa sebarang perubahan drastik terhadap konflik dan keganasan yang tercetus di wilayah selatan Thailand. Penguasaan tentera dalam kerajaan Surayud Chulanoth sebagai Perdana Menteri hanya mengurangkan insiden keganasan untuk tempoh waktu yang sementara sahaja, tetapi peralihan kuasa kepada tiga Perdana Menteri secara berturut-turut iaitu Samak Sundaravej, Somchai Wongsawat dan Chaovarat Chanweerakul, tidak juga memperlihatkan kekenduran kepada konflik yang berlaku. Ini kerana ketiga-tiga pemimpin ini tidak berkesempatan untuk merancang usaha rundingan dan perdamaian kerana lebih menumpukan kepada pergelutan politik yang berlaku di negara tersebut. Pada tahun 2009, peralihan kuasa kepada Abhisit Vejjajiya juga kurang meredakan konflik dan aktiviti keganasan di selatan Thailand meskipun beliau mengambil pelbagai langkah untuk mengatasinya. Artikel ini membincangkan konflik di selatan Thailand pasca pemerintahan Thaksin Shinawatra dan langkah yang diambil oleh pemimpin selepasnya untuk menyelesaikan konflik tersebut dengan berhujah akar konflik di selatan Thailand pasca pemerintahan Thaksin masih gagal ditangani menyebabkan konflik berterusan sehingga hari ini.