Tahap kefahaman ekopelancongan dalam kalangan komuniti lokal di Lata Jarum, Raub, Pahang
Ekopelancongan merupakan industri penyumbang terbesar negara pada masa kini. Pemahaman terhadap hubungan yang terjadi di antara alam sekitar dengan pelancongan penting supaya dapat meminimumkan kesan negatif terhadap alam sekitar dan kesejahteraan manusia. Tujuan artikel ini adalah untuk menilai...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2013
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/6238/ http://journalarticle.ukm.my/6238/ http://journalarticle.ukm.my/6238/1/er_ah_choy-edkatam1.pdf |
Summary: | Ekopelancongan merupakan industri penyumbang terbesar negara pada masa kini. Pemahaman terhadap hubungan
yang terjadi di antara alam sekitar dengan pelancongan penting supaya dapat meminimumkan kesan negatif terhadap
alam sekitar dan kesejahteraan manusia. Tujuan artikel ini adalah untuk menilai tahap kefahaman manusia terhadap
ekopelancongan serta untuk meninjau pengalaman perjalanan manusia berkaitan dengan ekopelancongan. Kaedah
kaji selidik dilakukan terhadap 252 responden dari empat buah perkampungan di Mukim Ulu Dong. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa tahap kefahaman tentang pengetahuan mengenai ekopelancongan dalam kalangan responden
masih di peringkat sederhana. Hubungan antara tahap kefahaman ekopelancongan dengan variabel seperti jantina
adalah negatif tetapi lemah dan signifikan; dengan variabel umur tidak mempunyai hubungan yang signifikan;
dengan variabel bangsa menunjukkan hubungan negatif yang sederhana dan signifikan; dengan variabel taraf
pendidikan juga menunjukkan hubungan positif yang agak lemah dan signifikan. Kajian ini mencadangkan bahawa
usaha menerapkan kefahaman terhadap ekopelancongan perlu dipertingkatkan bagi memastikan mereka peka akan
kepentingan alam sekitar dan kesan kemusnahan alam sekitar. Implikasi daripada kajian ini adalah langkah
pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar termasuk melalui peningkatan tahap kefahaman manusia, sangat
penting untuk melindungi alam semula jadi daripada terancam |
---|