Model pengguna K-Stailo melalui teknik petua mudah

Kajian yang dijalankan ini merupakan sebahagian daripada kajian yang masih dilakukan oleh pengkaji, iaitu menekankan pembinaan model pengguna Sistem Pembelajaran Adaptif Berasaskan Web (SPABW) atau Adaptive Web Based Education System (AWBES). Personalisasi bagi pengadaptasian pengguna sistem ini dia...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Rahmah Mokhtar, Nor Azan Mat Zin, Siti Norul Huda Sheikh Abdullah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6248/
http://journalarticle.ukm.my/6248/
http://journalarticle.ukm.my/6248/1/1299-2505-1-SM.pdf
Description
Summary:Kajian yang dijalankan ini merupakan sebahagian daripada kajian yang masih dilakukan oleh pengkaji, iaitu menekankan pembinaan model pengguna Sistem Pembelajaran Adaptif Berasaskan Web (SPABW) atau Adaptive Web Based Education System (AWBES). Personalisasi bagi pengadaptasian pengguna sistem ini diambil dari model Gaya pembelajaran kognitif, Global/Analitikal dan Dunn & Dunn, Visual/Verbal . Model pengguna yang berpandukan perwakilan pengetahuan pakar dan petua mudah digunakan sebagai asas dan teknik mengesan gaya pembelajaran pengguna. Antara objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana kesahan perwakilan pengetahuan pakar melalui petua mudah boleh diterima dan di guna pakai dalam permodelan pengguna SPABW. Pembinaan prototaip iaitu K-Stailo, mengaplikasikan pendekatan perwakilan pengetahuan pakar dan petua mudah ini dalam pembinaan enjin taakulan supaya ramalan dapat dilakukan seiring dengan pengetahuan pakar. Pengguna akan dikesan dan diawasi oleh model pengguna dari awal penggunaan hingga ke akhir melalui penggunaan tetikus. Berasaskan tingkah laku pengguna ini K-Stailo dapat mentafsirkan gaya pembelajaran mereka. Formula kejituan telah digunakan oleh pengkaji dan hasil daripada kajian ini, mendapati 80% ramalan K-Stailo adalah tepat dan menunjukkan pendekatan perwakilan pengetahuan pakar dan petua mudah boleh diterima sebagai pengganti soal selidik yang biasa digunakan oleh Pembina SPABW.