Sikap dan realiti penguasaan kemahiran Bahasa Arab pelajar program j-QAF

Pembelajaran bahasa Arab di peringkat sekolah rendah telah diwajibkan melalui program j-QAF. Hasrat murni ini memberi petunjuk bahawa bahasa Arab telah diberi status yang istimewa dalam sistem pendidikan di Malaysia secara rasminya. Namun hakikatnya mempelajari bahasa asing atau bahasa kedua bukanla...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ismail Muhamad, Wan Maizatul Akmar Wan Ahmad, Azman Che Mat
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6327/
http://journalarticle.ukm.my/6327/
http://journalarticle.ukm.my/6327/1/3307-7240-1-SM.pdf
Description
Summary:Pembelajaran bahasa Arab di peringkat sekolah rendah telah diwajibkan melalui program j-QAF. Hasrat murni ini memberi petunjuk bahawa bahasa Arab telah diberi status yang istimewa dalam sistem pendidikan di Malaysia secara rasminya. Namun hakikatnya mempelajari bahasa asing atau bahasa kedua bukanlah sesuatu yang mudah bagi sebahagian besar pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran sebenar sikap dan penguasaan bahasa Arab pelajar yang terlibat dalam program j-QAF secara empirikal. Sebanyak 159 peserta kajian dipilih daripada lapan buah sekolah rendah yang menjalankan program ini bagi kohort pertama. Soal selidik yang mengandungi item-item sesuai dan ujian kemahiran bahasa digunakan sebagai instrumen untuk mendapatkan data kajian yang dianalisis secara statistik deskriptif. Dapatan kajian terhadap sikap responden secara umumnya adalah positif dengan minat yang tinggi untuk mempelajari bahasa Arab, iaitu 66% diikuti dengan kesungguhan 63.52%, pencapaian 30.82% dan dorongan 29.56%. Manakala keputusan ujian bahasa menunjukkan bahawa 74.21 % pelajar berada pada tahap sederhana bagi komponen menulis, 60.38% pada tahap rendah bagi komponen bertutur dan 51.57% pada tahap sederhana bagi komponen membaca. Kesimpulannya, tahap kendiri pelajar terhadap bahasa Arab yang positif tidak menggambarkan pencapaian yang memuaskan. Kajian ini secara asasnya membuka ruang penelitian untuk diterokai bagi kesinambungan penyelidikan tentang sikap dan pencapaian pelajar Bahasa Arab, khususnya di peringkat sekolah rendah di Malaysia.