Masalah alam sekitar berkaitan perhutanan di Provinsi Riau, Indonesia
Hutan yang merupakan sebahagian daripada persekitaran fizikal mempunyai banyak kegunaan sama ada dalam interaksinya dengan komponen-komponen fizikal yang lain seperti atmosfera, litosfera dan hidrosfera, ataupun manusia serta hidup-hidupan yang lain. Pada peringkat awal kewujudan manusia hutan ser...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/6400/ http://journalarticle.ukm.my/6400/ http://journalarticle.ukm.my/6400/1/IMAN1_11.pdf |
Summary: | Hutan yang merupakan sebahagian daripada persekitaran fizikal mempunyai banyak kegunaan sama ada dalam
interaksinya dengan komponen-komponen fizikal yang lain seperti atmosfera, litosfera dan hidrosfera, ataupun
manusia serta hidup-hidupan yang lain. Pada peringkat awal kewujudan manusia hutan serta hasilnya termasuk
haiwan telah digunakan sebagai pembekal bahan makanan. Pertambahan populasi manusia dengan keperluan
mereka yang lebih pelbagai terutamanya apabila mereka sudah tidak lagi berpindah-randah disertai dengan
kemajuan teknologi telah menyebabkan hutan menjadi bukan hanya pembekal bahan makanan, tetapi juga pembekal
bahan untuk binaan dan sebagainya. Perkara yang serupa berlaku pada hutan di Provinsi Riau di mana pada
mulanya penerokaan hutan tidak seberapa, tetapi demi menampung keperluan hidup penduduk yang bertambah
dan pelbagai bentuk pembangunan penyahhutanan telah berlaku dengan banyaknya. Pembalakan dan pembukaan
kawasan hutan untuk tujuan perladangan dan pertanian serta banyak lagi aktiviti lain telah sama ada secara
langsung ataupun secara tidak langsung menimbulkan masalah kepada kesemua komponen utama alam sekitar
iaitu biosfera, litosfera, hidrosfera dan atmosfera. Sejak beberapa dekad yang lalu pelbagai masalah alam sekitar
telah muncul terutamanya berkaitan dengan ancaman terhadap kepupusan biodiversiti, hakisan tanih, sumber air,
pencemaran air sungai, banjir, kemarau, pencemaran udara dan kemungkinan perubahan iklim. |
---|