Pengukuran kepuasan pelancong terhadap kualiti perkhidmatan di destinasi pelancongan Pulau Kapas: pendekatan faktor analisis
Artikel ini disasarkan kepada kajian yang bertujuan untuk mengukur kepuasan pelancong terhadap kualiti perkhidmatan termasuk alam sekitar yang ditawarkan oleh Taman Laut Pulau Kapas (TLPK). Sejumlah 46 pembolehubah perkhidmatan dan alam sekitar yang berkaitan telah dinilai dengan menggunakan kaedah...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Environmental Management Society, Malaysia
2011
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/6432/ http://journalarticle.ukm.my/6432/ http://journalarticle.ukm.my/6432/1/3_MJEM_2011%282%29_Norlida_Hanim.pdf |
Summary: | Artikel ini disasarkan kepada kajian yang bertujuan untuk mengukur kepuasan pelancong terhadap kualiti perkhidmatan termasuk alam sekitar yang ditawarkan oleh Taman Laut Pulau Kapas (TLPK). Sejumlah 46 pembolehubah perkhidmatan dan alam sekitar yang berkaitan telah dinilai dengan
menggunakan kaedah analisis faktor dengan model Service Quality (SERQUAL). Hasil daripada analisis faktor yang dilakukan terhadap pembolehubah tersebut menghasilkan lima bentuk perkhidmatan yang akan dinilai dari segi kepuasan pelancong iaitu: i) imej destinasi, ii) perkhidmatan sokongan dan keselamatan, iii) kebersihan dan keseluruhan lawatan, iv) kepelbagaian produk pelancongan dan v)
infrastruktur. Dapatan ini disokong oleh nilai Cronbach alfa yang tinggi iaitu bernilai lebih daripada 0.80. Dari segi kepuasan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan didapati kepuasan sebenar pelancong adalah lebih rendah dengan nilai min antara 3.93-4.44 berbanding kepuasan yang mencatat min antara 4.43-4.87. Namun, nilai ini adalah melebihi min toleransi yang boleh diterima oleh pelancong. |
---|