Penghasilan poliol minyak sawit olein secara hidrolisis selanjar dan berkelompok

Sebatian poliol minyak sawit olein (di-hidroksi-POo) (70% hasil) disintesis melalui pembukaan gelang oksirana minyak sawit olein terepoksida (EPOo) secara hidrolisis selanjar dan berkelompok. Hasil optimum pembukaan gelang oksirana (97.2%) bagi kedua-dua tindak balas selama 90 min (tindak balas sela...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Darfizzi Derawi, Jumat Salimon
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6451/
http://journalarticle.ukm.my/6451/
http://journalarticle.ukm.my/6451/1/12_Darfizzi.pdf
Description
Summary:Sebatian poliol minyak sawit olein (di-hidroksi-POo) (70% hasil) disintesis melalui pembukaan gelang oksirana minyak sawit olein terepoksida (EPOo) secara hidrolisis selanjar dan berkelompok. Hasil optimum pembukaan gelang oksirana (97.2%) bagi kedua-dua tindak balas selama 90 min (tindak balas selanjar) dan 75 min (tindak balas berkelompok) dengan menggunakan mangkin asid perklorik 3% v/wt. Spektrum transformasi Fourier inframerah (FTIR) di-hidroksi-POo menunjukkan kehadiran puncak lebar getaran regangan kumpulan hidroksil pada nombor gelombang 3429 cm-1, menunjukkan sebatian poliol telah berjaya dihasilkan. Spektrum resonan magnetik nukleus-karbon (13C-NMR) di-hidroksi-POo telah menunjukkan kehadiran puncak karbon yang terikat dengan kumpulan hidroksil (74.5 ppm). Spektrum resonan magnetik nukleus-proton (1H-NMR) di-hidroksi-POo telah menunjukkan kehadiran puncak proton yang terikat pada karbon poliol (3.4 ppm) dan proton pada kumpulan hidroksil (4.6 ppm). Kelikatan kinematik produk poliol (nilai hidroksil sebanyak 110.7 mgKOH/g minyak) adalah 1435.2 cSt (40oC) dan 55.2 cSt (100oC) dengan indeks kelikatan 78.