Pembangunan pelancongan lestari di Melaka: perspektif pelancong

Pelancongan merupakan aktiviti penting dalam sektor perkhidmatan. Sumbangannya kepada pendapatan negara kian meningkat. Oleh itu aktiviti ini perlu diteguhkan dengan menerapkan prinsip pembangunan lestari. Objektif artikel ini adalah untuk menganalisis pelancongan lestari di negeri Melaka dari per...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Er, Ah Choy
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6507/
http://journalarticle.ukm.my/6507/
http://journalarticle.ukm.my/6507/1/2.geografia-july_2013-er_ah__choy-edkat.pdf
Description
Summary:Pelancongan merupakan aktiviti penting dalam sektor perkhidmatan. Sumbangannya kepada pendapatan negara kian meningkat. Oleh itu aktiviti ini perlu diteguhkan dengan menerapkan prinsip pembangunan lestari. Objektif artikel ini adalah untuk menganalisis pelancongan lestari di negeri Melaka dari perspektif pelancong. UNESCO telah mengiktiraf negeri Melaka sebagai tapak warisan dunia. Kajian ini memilih negeri tersebut sebagai kes dengan tumpuan kepada pusat pelancongan di sekitar Alor Gajah, Bandar Melaka dan Ayer Keroh.Menggunakan kaedah pemerhatian kajian ini merekod tingkah laku pelancong serta seni bina dan infrastruktur di tapak pelancongan. Kaji selidik ke atas 140 responden turut digunakan untuk mengumpul maklumat berkaitan. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan pelancong memilih Melaka sebagai destinasi percutian keluarga. Ini kerana terdapat banyak khazanah warisan nasional dan pelbagai tapak sejarah di negeri tersebut.Bangunan warisan seperti A-Famosa, Stadhuys dan rumah-rumah kedai tradisional dalam bandar masih terpelihara dengan mengekalkan nilai estetikanya. Begitu juga budaya masyarakat Kampung Morten seperti tarian dan muzik tradisionalnya serta keseniaan puppet show dan batik yang turut menarik pelancong. Pelancong berpendapat bahawa penduduk tempatan terutamanya peniaga, pengusaha homestay atau pemandu pelancong,berbudi bahasa dan peramah dan sangat dihargai pelancong. Namun kebanyakan pelancong berpendapat, selain bangunan dan warisan budaya lain yang terjaga dengan baik, kemudahan infrastruktur dan tahap kebersihan bandar masih memerlukan pembaikan untuk mencapai tahap pelancongan lestari yang lebih baik.