Ekopelancongan di Taman Paya Bakau, Seri Manjung, Perak: persepsi penduduk terhadap impak pembangunan

Ekopelancongan adalah lawatan yang bertanggungjawab ke atas alam sekitar, menggalakkan pemuliharaan alam sekitar serta memberikan faedah kepada komuniti tempatan melalui penglibatan mereka dalam industri berkenaan.Ekopelancongan mempunyai impak pembangunan. Kajian ini bertujuan melihat persepsi pend...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nurain Sahazali, Er, Ah Choy
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6512/
http://journalarticle.ukm.my/6512/
http://journalarticle.ukm.my/6512/1/7.geografia-july_2013-nuraian%26er-edam.pdf
Description
Summary:Ekopelancongan adalah lawatan yang bertanggungjawab ke atas alam sekitar, menggalakkan pemuliharaan alam sekitar serta memberikan faedah kepada komuniti tempatan melalui penglibatan mereka dalam industri berkenaan.Ekopelancongan mempunyai impak pembangunan. Kajian ini bertujuan melihat persepsi penduduk mengenai impak pembangunan ekopelancongan terhadap ekonomi, alam sekitar dan sosial. Taman Paya Bakau Seri Manjung,Perak dipilih sebagai kawasan kajian kerana lokasinya yang strategik yang mampu menarik pelancong yang sukakan aktiviti ekopelancongan sambil menghayati keindahan alam sekitar. Alat kajian yang digunakan terdiri daripada satu set soal selidik persepsi penduduk terhadap pembangunan ekopelancongan. Data telah dianalisis menggunakan perisian SPSS. Hasil analisis menunjukkan bahawa ekopelancongan Taman Paya Bakau telah dimajukan oleh pihak berkepentingan. Namun, penglibatan komuniti di sini masih kurang. Ini menyebabkan peluang ekonomi kepada penduduk masih tidak meluas. Perubahan cuaca dapat dirasai oleh penduduk kerana proses pembangunan semakin pesat dijalankan. Keadaan sosial penduduk tempatan semakin maju akibat pertambahan kedatangan pelancong. Untuk meningkatkan kemajuan taman paya bakau ini, penyediaan infrastruktur dan kemudahan lain perlu ditambah.