Perspektif Aristotle dan Al-Ghazali terhadap konsep persahabatan

Manusia di dunia ini tidak boleh hidup tanpa sahabat kerana mereka perlukan sahabat untuk saling bekerjasama antara satu sama lain bagi meneruskan kehidupan mereka. Perkataan sahabat memang acap kali didengar dan dilafazkan, tetapi manusia kurang menghayati maksud sebenar perkataan sahabat tersebut....

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Syahir Abu Bakar, Ahmad Sunawari Long, Ibrahim Abu Bakar
Format: Article
Language:English
Published: Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6568/
http://journalarticle.ukm.my/6568/
http://journalarticle.ukm.my/6568/1/makalah02.pdf
Description
Summary:Manusia di dunia ini tidak boleh hidup tanpa sahabat kerana mereka perlukan sahabat untuk saling bekerjasama antara satu sama lain bagi meneruskan kehidupan mereka. Perkataan sahabat memang acap kali didengar dan dilafazkan, tetapi manusia kurang menghayati maksud sebenar perkataan sahabat tersebut. Atas sebab ini, satu kajian dibuat untuk membincangkan dan membandingkan mengenai definisi dan tujuan persahabatan yang dibincangkan oleh dua orang tokoh pemikiran yang terkenal iaitu Aristotle (384-322 S.M) dan al-Ghazali (1058-1111 M) bagi memahami lebih mendalam berkenaan persahabatan ini. Seterusnya, kajian ini bergantung kepada metode analisis kandungan dan perbandingan. Hasil kajian ini menunjukkan definisi dan tujuan persahabatan Aristotle dan al-Ghazali itu mempunyai beberapa persamaan dan perbezaan dalam aspek tertentu. Oleh yang demikian, perbincangan mengenai definisi dan tujuan persahabatan ini dianggap penting kerana ia mungkin dapat memberi kesedaran dan pemahaman kepada masyarakat mengenai persahabatan ini dalam kehidupan seharian.