Transformasi pusat membeli belah menurut perspektif Islam

Pusat membeli belah merupakan lokasi peruncitan yang semakin popular masa kini. Setiap negara umumnya mempunyai beberapa buah pusat membeli belah utama yang menjadi mercu tanda kepesatan serta daya penarik aktiviti peruncitan negara masing-masing. Namun begitu, sehingga kini perbincangan khusus tent...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Suraiya Ishak, Amal Hayati Ishak, Ahmad Raflis Che Omar, Abd. Hair Awang, Mohd Yusof Hussain
Format: Article
Language:English
Published: Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6570/
http://journalarticle.ukm.my/6570/
http://journalarticle.ukm.my/6570/1/makalah04.pdf
Description
Summary:Pusat membeli belah merupakan lokasi peruncitan yang semakin popular masa kini. Setiap negara umumnya mempunyai beberapa buah pusat membeli belah utama yang menjadi mercu tanda kepesatan serta daya penarik aktiviti peruncitan negara masing-masing. Namun begitu, sehingga kini perbincangan khusus tentang konsep dan model pusat membeli belah bercirikan Islam masih belum kedapatan dan memberi justifikasi kepada perlunya penelitian mendalam tentangnya. Makalah ini mengemukakan perbincangan konseptual tentang dimensi sebuah pusat membeli belah yang menepati syariat Islam. Penelitian ini melibatkan rujukan sumber nas Al-Quran dan pemerhatian kes ke atas sebuah pusat beli belah di Republik Iran iaitu Imam Square. Makalah ini merumuskan dimensi pusat membeli belah Islam terbahagi kepada tiga buah teras utama iaitu dimensi fizikal, bukan-fizikal dan ahlinya. Pusat membeli belah Islam perlu sejajar dengan syariat dalam ketiga-tiga dimensi. Pusat beli belah Islam sangat menekankan adab serta pemuliharaan keharmonian hubungan berpanjangan antara manusia dengan Pencipta dan sesama manusia.