Memahami sunnah Rasulullah S.A.W. menerusi gabungan metodologi akhrij hadis & mukhtalif hadis

Menyingkap khazanah sunnah Rasulullah s.a.w. sama ada yang disabdakan, diamalkan dan dipersetujui ibarat membina binaan yang kukuh sebagai tempat perlindungan bagi umat Islam sejagat. Justeru para ulama hadis berusaha mencari metode untuk menyingkap sekali gus memelihara khazanah suci ini. Antara me...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohammad Fattah, Latifah Abdul Majid, Ahamad Asmadi Sakat
Format: Article
Language:English
Published: Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6577/
http://journalarticle.ukm.my/6577/
http://journalarticle.ukm.my/6577/1/makalah11.pdf
Description
Summary:Menyingkap khazanah sunnah Rasulullah s.a.w. sama ada yang disabdakan, diamalkan dan dipersetujui ibarat membina binaan yang kukuh sebagai tempat perlindungan bagi umat Islam sejagat. Justeru para ulama hadis berusaha mencari metode untuk menyingkap sekali gus memelihara khazanah suci ini. Antara metode dan kaedah yang sedia diguna pakai adalah metode takhrij dan memahami mukhtalif hadis. Dua metode ini sangat efektif untuk mengetahui beribu-ribu kewujudan hadis bahkan penentuan statusnya sama ada boleh diguna pakai sebagai hujah atau tidak. Pengkaji dengan sedaya upaya memberikan pemahaman terhadap penggunaan dua metode ini melalui pendedahan tentang pengertian dan perkembangannya. Metode kajian ini adalah analisis dokumen dengan merujuk kepada kitab-kitab hadis untuk mendapatkan sumber yang tepat dan sahih. Kemudian menyusulinya dengan memberikan contoh-contoh ringkas untuk mengukuhkan pengertian berkenaan. Kajian mendapati bahawa metode takhrij dan pemahaman terhadap mukhtalif hadis merupakan dua metode yang diusahakan oleh para ulama hadis untuk memelihara kemurnian sunnah Rasulullah s.a.w. sepanjang zaman.