Kajian prevalens kandidiasis melalui lumuran pap lazim di Hospital Umum Sarawak, Malaysia

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menentukan prevalens kandidiasis dalam kalangan wanita yang berumur 20 hingga 59 tahun di Hospital Umum Sarawak melalui pemeriksaan ke atas lumuran Pap lazim. Prevalens jangkitan ini dikaji dalam kalangan lima kumpulan etnik yang utama iaitu kaum Iban, Cina,...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Harold Criso Anak Ajin, Mohamed Kamel Abd Ghani, Abdul Hamid Abd Aziz, Ahmad Zorin Sahalan, Norazah Ahmad
Format: Article
Language:English
Published: penerbit ukm 2013
Subjects:
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6609/
http://journalarticle.ukm.my/6609/
http://journalarticle.ukm.my/6609/1/3436-7612-1-SM.pdf
Description
Summary:Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menentukan prevalens kandidiasis dalam kalangan wanita yang berumur 20 hingga 59 tahun di Hospital Umum Sarawak melalui pemeriksaan ke atas lumuran Pap lazim. Prevalens jangkitan ini dikaji dalam kalangan lima kumpulan etnik yang utama iaitu kaum Iban, Cina, Melayu, Bidayuh dan Orang Ulu. Penyaringan mikroskopik dijalankan ke atas lumuran Pap lazim sejumlah 300 sampel slaid yang telah diproses dan dicelup menggunakan pencelupan Papanicolaou. Berdasarkan maklumat pada borang permohonan penyaringan lumuran Pap, tanda dan gejala jangkitan diambil kira sebagai petunjuk penting semasa penyaringan kerana melalui tanda dan gejala jangkitan, lumuran Pap mempunyai hubungan yang rapat dengan ciri-ciri gambaran sitomorfologi jangkitan yang berlaku ke atas sel-sel epitelium sekiranya ia mengalami jangkitan. Kategori umur untuk setiap golongan etnik juga dijadikan sebagai salah satu faktor pengukur bagi menilai tahap kekerapan jangkitan. Hasil kajian menunjukkan Candida sp. telah dapat dikesan sebanyak 12.7% daripada jumlah spesimen. Jangkitan berlaku pada kesemua kumpulan etnik dan juga pada kesemua golongan umur 20 hingga 59 tahun. Kesemua kes turut menunjukkan tanda dan gejala jangkitan. Hasil kajian ini menunjukkan pentingnya menjalankan ujian penyaringan lumuran Pap bagi mengesan jangkitan kandida di samping sebagai saringan awal pengesanan kanser serviks.