Amalan pentaksiran guru dalam pengajaran kemahiran menulis karangan argumentatif: satu kajian kes terhadap guru sekolah menengah
Kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna sekiranya dipadankan bersama proses pentaksiran yang berkesan bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Tugas ini perlu digalas oleh individu guru bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dan proses pentaksiran d...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UKM
2013
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/6745/ http://journalarticle.ukm.my/6745/ http://journalarticle.ukm.my/6745/1/01-17__Marzni.UPM.pdf |
Summary: | Kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna sekiranya dipadankan bersama proses pentaksiran yang berkesan bagi mencapai sesuatu objektif
pengajaran. Tugas ini perlu digalas oleh individu guru bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dan proses pentaksiran dapat dilaksanakan secara beriringan. Bagi tujuan ini,guru perlu memiliki pengetahuan dan pengalaman yang kompeten berkaitan proses pentaksiran yang bakal dilangsungkan. Penghasilan wacana argumentatif mempunyai ekspektasi bahawa murid perlu mengemukakan fakta dan huraian yang padat dan jelas dalam sesebuah penulisan selain
daripada mengelakkan timbulnya sebarang keraguan dalam kalangan pembaca terhadap isu yang dibincangkan. Hal ini demikian membawa kepada perlunya sistem pentaksiran yang bersesuaian untuk menaksir kemampuan murid menulis karangan argumentatif. Justeru, makalah ini akan memberikan perhatian terhadap persoalan berkaitan bagaimana guru Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah menengah melaksanakan amalan pentaksiran dalam pengajaran kemahiran
menulis karangan argumentatif. Gambaran yang menyeluru
h bagi memperlihatkan amalan pentaksiran karangan peserta kajian dapat dijanadengan menggunakan reka bentuk penyelidikan kajian kes kualitatif. Malah, metodologi kajian kes kualitatif ini melibatkan penyertaan enam
orang guru Bahasa Melayu yang berperanan sebagai pembekal data yang “kaya”, dan tiga teknik pengumpulan data
iaitu temu bual separa berstruktur, pemerhatian di dalam bilik darjah dan penganalisisan dokumen karangan argumentatif. Terdapat empat tema utama yang dapat
dibentuk iaitu prosedur, pendekatan, pembinaan komunikasi antara guru dengan murid dan masalah pelaksanaan amalan pentaksiran karangan bagi menjawab persoalan kajian yang
dikemukakan. |
---|