Penterjemahan kata kerja Bahasa Cina-Bahasa Melayu: satu analisis ketepatan makna padanan
Makalah ini membincangkan kajian padanan kata kerja dalam terjemahan antologi cerpen bahasa Cina-bahasa Melayu. Antologi berkenaan berjudul Cerpen Pilihan Sastera Mahua III: Dalam Hujan Renyai. Kajian ini bertujuan meneliti ketepatan makna padanan kata kerja. Sebanyak sepuluh (10) kata kerja baha...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik,FSSK, UKM
2011
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/675/ http://journalarticle.ukm.my/675/ http://journalarticle.ukm.my/675/1/pp35_56.pdf |
Summary: | Makalah ini membincangkan kajian padanan kata kerja dalam terjemahan antologi cerpen
bahasa Cina-bahasa Melayu. Antologi berkenaan berjudul Cerpen Pilihan Sastera
Mahua III: Dalam Hujan Renyai. Kajian ini bertujuan meneliti ketepatan makna
padanan kata kerja. Sebanyak sepuluh (10) kata kerja bahasa Cina dijadikan data kajian.
Sepuluh (10) kata kerja tersebut yang merangkumi seratus dua puluh enam (126) padanan
yang berlainan dalam bahasa Melayu telah dikumpulkan daripada enam (6) buah cerpen
dalam antologi tersebut yang diterjemahkan oleh enam (6) orang penterjemah berlainan.
Kajian ini memanfaatkan himpunan beberapa teori yang telah dipilih secara eklektik iaitu
pendekatan penterjemahan tentang kepadanan kata Newmark (1981), teori semantik
Kempson (1977), Chierchia & McConnell-Ginet (1990) tentang makna kata kerja,
Analisis Komponen Makna oleh Nida (1975) tentang makna hakiki dan makna komposisi
argumen serta makna konteks, klasifikasi kata kerja Li Kong Zhi mengikut makna
semantik (1998) serta definisi makna oleh Lyons (1977). Kajian ini menunjukkan
bahawa padanan kata kerja ‘satu lawan banyak’ sememangnya wujud dalam
penterjemahan kata kerja bahasa Cina ke dalam bahasa Melayu. Keadaan ini
menghasilkan pelbagai jenis padanan iaitu terjemahan tepat, terjemahan berlebihan,
terjemahan berkurangan, terjemahan salah dan terjemahan taksa. Kelihatan makna
semantik yang didukung oleh sesuatu kata kerja akan menentukan pemilihan kata
padanan. Kecenderungan ini diikuti oleh kesesuaian kata padanan tersebut terhadap emik
bahasa sasaran dan makna konteks. |
---|