Khidmat sosial wanita pada zaman Rasulullah SAW

Pada masa kini, penglibatan golongan wanita dalam masyarakat semakin maju dan terserlah dalam pelbagai aspek kehidupan dan dapat bergerak seiring dengan perkembangan semasa zaman moden. Walaupun banyak lakaran tentang jasa dan sumbangan wanita telah dibukukan, namun masih ada dalam golongan wanita t...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Azyyati Mohd Nazim, Fariza Md. Sham, Salasiah Hanim Hamjah
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6755/
http://journalarticle.ukm.my/6755/
http://journalarticle.ukm.my/6755/1/17-68-2-PB.pdf
Description
Summary:Pada masa kini, penglibatan golongan wanita dalam masyarakat semakin maju dan terserlah dalam pelbagai aspek kehidupan dan dapat bergerak seiring dengan perkembangan semasa zaman moden. Walaupun banyak lakaran tentang jasa dan sumbangan wanita telah dibukukan, namun masih ada dalam golongan wanita tidak menjadikan dinamika khidmat sosial tokoh-tokoh wanita Islam pada zaman Rasulullah s.aw sebagai contoh dan panduan dalam kehidupan.Khidmat sosial wanita pada zaman Rasulullah SAW merujuk kepada hubungannya dengan penjagaan komuniti sebagai contoh praktikal amalan kebajikan, kebaikan dan perkara makruf berdasarkan keperluan kumpulan komuniti dalam masyarakat. Ummahāt al-Mukminin dan para sahabat wanita merupakan contoh teladan yang terbaik untuk dijadikan inspirasi dan amalan kehidupan yang mulia dengan melakukan amal sambil berdakwah. Hasil kajian mendapati pada zaman Rasulullah SAW, setiap ahli masyarakat bergerak bebas dan berinteraksi di antara satu sama lain dalam pelbagai bidang seperti pendidikan dan dakwah, penternakan, pertanian, perniagaan, pengurusan, perawatan dan pendandan majlis hiburan untuk mencari jaminan rezeki yang halal. Malah setiap para sahabat wanita yang bekerja adalah untuk berkhidmat kepada kaumnya dan juga kepada ahli keluarga daripada kalangan ummahāt al-mukminin. Ini menggambarkan kepentingan kegiatan wanita dan peranannya yang bermanfaat dalam melaksanakan hak dan tanggungjawab kepada masyarakat.