Permasalahan pengacara wanita di televisyen: satu kajian dari perspektif dakwah di Stesen TVRI Sulawesi Selatan

Televisyen merupakan salah satu media komunikasi yang baik, kerana selain dapat menyampaikan informasi juga mengandungi fungsi sebagai media pendidikan, media hiburan sekaligus sebagai penghubung sosial. Kehadiran televisyen saat ini sudah menjadi salah satu keperluan utama bagi kehidupan manusia mo...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Muhammadiyah Yunus, Siti Rugayah Hj Tibek
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6756/
http://journalarticle.ukm.my/6756/
http://journalarticle.ukm.my/6756/1/18-69-2-PB.pdf
Description
Summary:Televisyen merupakan salah satu media komunikasi yang baik, kerana selain dapat menyampaikan informasi juga mengandungi fungsi sebagai media pendidikan, media hiburan sekaligus sebagai penghubung sosial. Kehadiran televisyen saat ini sudah menjadi salah satu keperluan utama bagi kehidupan manusia moden, dan kini juga menjadi media dakwah yang cukup berkesan. Kajian ini membincangkan tentang permasalahan wanita yang tampil di televisyen sebagai sebahagian pekerja dalam industri televisyen. Penulis melakukan kajian melalui metod kepustakaan dengan membaca beberapa literatur serta metod pengamatan ataupun observasi selama penulis bertugas sebagai pengacara televisyen di stesen TVRI Sulawesi Selatan, di samping metod interview atau temu ramah dengan seorang responden iaitu: Dra. Nurdiyah, Koordinator Pengacara TVRI Sulawesi Selatan. Dalam kajian ini terdapat beberapa permasalahan seperti pengacara wanita di televisyen mendapat layanan yang tidak setaraf dengan lelaki atau permasalahan kesetaraan gender terutama dalam hal regulasi dan kod etika penyiaran dan kesedaran dalam menjalankan perintah agama bagi pengacara wanita muslim. Untuk itu perlu adanya peranan dari berbagai aspek sama ada peranan daripada Komisi Penyiaran Indonesia sebagai representasi daripada unsur kerajaan, peranan ulama dan tokoh masyarakat, peranan pengerusi stesen Televisyen Republik Indonesia serta peranan keluarga dan masyarakat awam. Objektif kajian ini ialah untuk membincangkan penglibatan wanita dalam industri penyiaran, mengenal pasti permasalahan pengacara wanita di televisyen dalam skop permasalahan tertentu, serta mencadangkan penyelesaian terhadap permasalahan yang timbul melalui perspektif dakwah semoga dapat memberi manfaat bagi dunia ilmu pengetahuan.