Media sebagai wasilah dakwah

Dakwah bukan suatu perkara yang baru dalam peradaban Islam. Wasilah dakwah dalam Islam tidak hanya tertumpu kepada suatu cara yang khusus sahaja. Dalam melaksanakan tuntutan di medan dakwah, pendakwah harus menggunakan segala metod yang ada mengikut kesesuaian zaman. Gelombang modenisasi pada masa k...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Najidah Zakariya, Abu Dardaa Mohamad
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6771/
http://journalarticle.ukm.my/6771/
http://journalarticle.ukm.my/6771/1/35-94-1-SM.pdf
Description
Summary:Dakwah bukan suatu perkara yang baru dalam peradaban Islam. Wasilah dakwah dalam Islam tidak hanya tertumpu kepada suatu cara yang khusus sahaja. Dalam melaksanakan tuntutan di medan dakwah, pendakwah harus menggunakan segala metod yang ada mengikut kesesuaian zaman. Gelombang modenisasi pada masa kini memperlihatkan bahawa media merupakan salah satu sumber ilmu yang sangat rapat dengan manusia. Malah, dengan adanya media pada hari ini, masyarakat mampu memperoleh maklumat dan berbincang di alam maya walaupun dalam jarak yang sangat jauh. Media merupakan satu saluran yang membawa kepada perjalanan maklumat daripada satu sumber kepada satu sumber yang lain. Kejayaan Islam masa lalu yang bermula daripada agama berasaskan ilmu dan nilai-nilai luhur hingga mencapai satu tahap ketamadunan dimensi sejarah yang begitu gemilang. Berdakwah menerusi media telah wujud sejak dari zaman Rasulullah SAW namun melalui wasilah yang berbeza berbanding pada masa kini. Kajian ini membincangkan mengenai konsep berdakwah menerusi media, syarat-syarat dakwah menerusi media dan juga peranan yang harus dimainkan oleh media dalam Islam.