Tuduhan nifaq terhadap sahabat Tha'labah Bin Hatib al-Ansariy: satu penilaian berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah
Resapan unsur-unsur tidak sihat seperti Israiliyyat, hadis Dacif dan Mauduc telah mendominasi ruang-ruang kosong kitab-kitab tafsir. Resapan-resapan tersebut bukan sahaja melibatkan kisah-kisah umat terdahulu. Bahkan mencabuli kehormatan individu-individu berperibadi mulia seperti para Rasul terdahu...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2013
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/6870/ http://journalarticle.ukm.my/6870/ http://journalarticle.ukm.my/6870/1/4200-9674-1-SM.pdf |
Summary: | Resapan unsur-unsur tidak sihat seperti Israiliyyat, hadis Dacif dan Mauduc telah mendominasi ruang-ruang kosong kitab-kitab tafsir. Resapan-resapan tersebut bukan sahaja melibatkan kisah-kisah umat terdahulu. Bahkan mencabuli kehormatan individu-individu berperibadi mulia seperti para Rasul terdahulu dan sahabat-sahabat Nabi SAW yang telah dipelihara dan dimuliakan oleh Allah sendiri dalam al-Qur’an. Thaclabah bin Hatib al-Ansariy RA adalah salah seorang individu yang telah dilibatkan dalam konspirasi ini. Tuduhan munafiq terhadap seorang sahabat yang pernah mendampingi Rasulullah SAW dan turut serta dalam perang Badar seperti Thaclabah ini perlu dinilai secara ilmiah dan adil. Para pembaca, pengkaji dan penggemar ilmu Tafsir tidak seharusnya menelan bulat-bulat sajian yang dihidangkan oleh ulama-ulama tafsir dalam kitab-kitab mereka. Ini kerana kitab-kitab tafsir bukanlah rujukan yang boleh dipercayai sepenuhnya untuk menilai kesahihan sesuatu riwayat. Dalam hal ini, Imam Ahmad bin Hanbal berkata: Tiga perkara yang tidak bersanad iaitu; al-Tafsir, al-Maghaziy dan al-Malahim (Ibn Taimiyyah 1426h/2005m. 13: 346). Oleh itu, setiap riwayat yang melanggar etika perundangan al-Quran dan al-Sunnah yang sahih perlu dinilai secara intelek dan tidak mengabaikan amanah ilmiah. |
---|