Model penilaian kirkpatrick: mengkaji pengaruh komunikasi terhadap keberkesanan latihan

Kajian ini bertujuan mengukur pengaruh komunikasi terhadap keberkesanan latihan bersandarkan Model Penilaian Kirkpatrick yang merangkumi empat tahap penilaian iaitu Tahap I - reaksi; Tahap II - pembelajaran; Tahap III - kelakuan / aplikasi; dan Tahap IV - hasil. Reaksi pelatih kepada dimensi komun...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Kamaruzzaman Abdul Manan, Shuhaida Md Nor, Bahiyah Omar
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysian 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6906/
http://journalarticle.ukm.my/6906/
http://journalarticle.ukm.my/6906/1/V29_2_31-50.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengukur pengaruh komunikasi terhadap keberkesanan latihan bersandarkan Model Penilaian Kirkpatrick yang merangkumi empat tahap penilaian iaitu Tahap I - reaksi; Tahap II - pembelajaran; Tahap III - kelakuan / aplikasi; dan Tahap IV - hasil. Reaksi pelatih kepada dimensi komunikasi diukur pada Tahap I kerana ia dianggap sebagai pemangkin kepada proses yang akan diukur pada tahap selanjutnya. Sebagai penambahbaikan kepada Model Penilaian Kirkpatrick, kajian ini juga telah memasukkan faktor yang mempengaruhi pembelajaran dan faktor keyakinan untuk mengaplikasi ke dalam model ini. Untuk mengatasi kelompangan kajian lepas yang mendapati kesukaran dalam menilai hasil latihan dari perspektif pihak organisasidi Tahap VI, kajian ini memperkenalkan kaedah gabungan penilaian pelatih dan penyelia bagi menghasilkan sebuah penilaian latihan yang lebih menyeluruh. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah pengedaran borang soal selidik kepada 200 responden yang terdiri daripada kakitangan Universiti Sains Malaysia (USM). Kajian ini berjaya membuktikan komunikasi mempunyai hubungan yang kukuh dengan pembelajaran pelatih. Kajian ini juga telah menemukan bahawa keyakinan untuk mengaplikasikan ilmu dapat membantu dalam meramal perubahan kelakuan pelatih (pengaplikasian ilmu di persekitaran kerja) dengan lebih tepat.