Media akhbar dan penggunaan bahasa Arab standard moden
Semua bahasa di dunia mengalami perubahan dan perkembangan sepanjang sejarahnya dari pelbagai aspek samada dari segi tatabahasa, pembentukan perkataan, semantik dan sebagainya. Dalam bahasa Arab khususnya, aspek ‘perkataan’ dan ‘frasa’ adalah antara aspek utama yang mengalami perubahan besar....
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysian
2013
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/6911/ http://journalarticle.ukm.my/6911/ http://journalarticle.ukm.my/6911/1/V29_2_107-124.pdf |
Summary: | Semua bahasa di dunia mengalami perubahan dan perkembangan
sepanjang sejarahnya dari pelbagai aspek samada dari segi
tatabahasa, pembentukan perkataan, semantik dan sebagainya.
Dalam bahasa Arab khususnya, aspek ‘perkataan’ dan ‘frasa’ adalah antara aspek utama yang mengalami perubahan besar. Tujuan penyediaan kertas ini adalah untuk mendedahkan sumbangan dan peranan akhbar dalam membentuk identiti bahasa Arab standard dalam aspek ‘perkataan’ dan ‘frasa’ terutama selepas revolusi komunikasi di negara Arab. Tumpuan diberikan kepada perubahan penggunaan perkataan yang diiktiraf dan dipopularkan oleh akhbar sebelum diterima dan digunapakai oleh medium lain. Ini termasuklah perkataan-perkataan asing yang semakin berleluasa digunakan dalam akhbar Arab masa kini. Menurut sebahagian besar pakar bahasa, zaman moden bahasa Arab tiba dengan tercetusnya
revolusi teknologi khususnya dalam aspek komunikasi dan
pendidikan akibat dari percampurannya dengan bahasa – bahasa
lain di dunia. Bagi mencapai tujuan ini sebanyak 422 artikel akhbar telah dikumpul dan dianalisa. Data kajian ini merangkumi 7 akhbar dari tujuh negara yang berbeza termasuk dua daripadanya adalah dari negara bukan Arab iaitu United Kingdom dan Australia. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat banyak perkataan dan frasa baru yang muncul dalam bahasa Arab standard moden. |
---|