Penerimaan media sosial: kajian dalam kalangan pelajar universiti di Palembang

Tidak dapat dinafikan satu fenomena komunikasi di dunia Internet yang semakin popular pada ketika ini ialah media sosial. Facebook, Twitter, Instagram, Path, Pinterest hingga Google+ semakin digunakan secara universal dan meluas. Indonesia adalah antara negara yang mempunyai pengguna media sosial ak...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ika Destiana, Ali Salman, Mohd. Helmi Abd. Rahim
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysian 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6912/
http://journalarticle.ukm.my/6912/
http://journalarticle.ukm.my/6912/1/V29_2_125-140.pdf
Description
Summary:Tidak dapat dinafikan satu fenomena komunikasi di dunia Internet yang semakin popular pada ketika ini ialah media sosial. Facebook, Twitter, Instagram, Path, Pinterest hingga Google+ semakin digunakan secara universal dan meluas. Indonesia adalah antara negara yang mempunyai pengguna media sosial aktif terbesar di dunia (Socialbakers 2013). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penerimaan dan pengalaman pengguna dalam menggunakan media sosial khususnya dalam kalangan pelajar universiti dengan menggunakan Model Penerimaan Teknologi (Technology Acceptance Model) oleh Davis (1989) sebagai latar belakang teori. Pemboleh ubah tambahan iaitu faktor kaitan dan rangkaian antara peribadi dan sosial telah ditambahkan pada model asal. Satu reka bentuk kajian menggunakan borang soal selidik telah dijalankan ke atas 298 pelajar ijazah sarjana muda di Palembang, Indonesia, yang berumur antara 17 hingga 25 tahun. Daripada hasil kajian mendapati bahawa penerimaan media sosial dipengaruhi oleh beberapa faktor, tetapi terutamanya faktor mudah guna, faktor kaitan dan rangkaian antara peribadi dan sosial yang memberikan kesan signifikan ke atas penerimaan dan penggunaan.