Trend pemberitaan isu keganasan dalam akhbar perdana Malaysia dan Indonesia

Peristiwa keganasan yang berlaku di rantau ASEAN terutama yang membabitkan isu negara Malaysia dan Indonesia menjadi perhatian penting dalam liputan media massa kedua-dua negara serumpun dan berjiran tersebut. Pada 17 Julai 2009, insiden serangan dahsyat pengganas meletupkan hotel JW Marriot dan Rit...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Dafrizal, Faridah Ibrahim, Chang Peng Kee, Fauziah Ahmad
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysian 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6916/
http://journalarticle.ukm.my/6916/
http://journalarticle.ukm.my/6916/1/V29_2_189-202.pdf
Description
Summary:Peristiwa keganasan yang berlaku di rantau ASEAN terutama yang membabitkan isu negara Malaysia dan Indonesia menjadi perhatian penting dalam liputan media massa kedua-dua negara serumpun dan berjiran tersebut. Pada 17 Julai 2009, insiden serangan dahsyat pengganas meletupkan hotel JW Marriot dan Ritz Carlton di Jakarta kembali menjadi tumpuan pemberitaan akhbar Malaysia dan Indonesia. Bagi media massa Indonesia, peristiwa tersebut sebagai bahan pemberitaan yang bernilai tinggi memandangkan peristiwa tersebut berlaku di Indonesia sehingga memiliki nilai kedekatan dengan pembaca. Begitu juga dengan media massa Malaysia, dakwaan pengganas asal Malaysia Noordin M Top sebagai yang bertanggungjawab disebalik peristiwa tersebut, membuat insiden keganasan tersebut memiliki nilai kelayakan berita yang tinggi. Namun demikian, perbezaan sistem amalan media antara Indonesia yang lebih bebas berbanding Malaysia yang masih akur dengan undang-undang dan polisi kerajaan, maka sudah pasti menjadi daya tarikan tersendiri dalam konteks menentukan hala tuju orientasi pemberitaan isu keganasan. Dalam pada itu, kedekatan emosional antara Malaysia dan Indonesia sebagai negara serumpun yang memiliki latar belakang budaya dan majoriti agama Islam turut sudah pasti menjadi pertimbangan tersendiri dalam pemberitaan isu keganasan akhbar perdana kedua-dua negera tersebut. Oleh itu, tujuan perbahasan dalam artikel ini ialah untuk melihat sejauh mana trend pemberitaan isu keganasan, terutamanya dari segi arah berita dan tajuk berita, sumber penulisan berita dan sumber dalam penulisan berita.