Motif dan daya tarikan pusat membeli-belah dalam kalangan pengunjung metropolitan Kuala Lumpur, Malaysia
Selari dengan haluan ke arah negara berpendapatan perkapita yang tinggi dan gaya hidup moden, pusat membeli belah semakin menjadi tumpuan orang ramai. Pusat membeli-belah pula pesat bercambah.Tujuan kajian ini untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi tarikan pengunjung dan motif mereka berkun...
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/6944/ http://journalarticle.ukm.my/6944/ http://journalarticle.ukm.my/6944/1/7oke.geografia-jan-2014-Mohd_Yusof%26Khair-edkatam.pdf |
Summary: | Selari dengan haluan ke arah negara berpendapatan perkapita yang tinggi dan gaya hidup moden, pusat membeli
belah semakin menjadi tumpuan orang ramai. Pusat membeli-belah pula pesat bercambah.Tujuan kajian ini untuk
mengenal pasti faktor yang mempengaruhi tarikan pengunjung dan motif mereka berkunjung.Disamping itu, kajian
ini menganalisa hubungan antara dua pembolehubah tersebut.Tiga buah pusat membeli-belah di metropolitan Kuala
Lumpur dipilih iaitu SOGO di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Mid Valley Megamall di Petaling Jaya dan Berjaya
Times Square di Bukit Bintang.Seramai 150 pengunjung sudi memberikan maklumbalas.Hasil kajian wujud tiga
kluster motif pengunjung pusat membeli-belah iaitu yang mementingkan identiti pusat membeli belah, hedonistik
dan sosial serta utilitarian.Hasil analisis faktor mendapati tiga faktor tarikan pusat membeli-belah iaitu kemudahan
dan keselesaan atmosfera, imej dan faktor kedai serta aktiviti sosial.Hasil kajian juga menunjukkan bahawa tidak
terdapat perbezaan signifikan antara motif membeli-belah dengan faktor tarikan pusat membeli-belah. Jesteru itu,
pusat membeli belah perlu sentiasa meningkatkan kemudahan, menambahkan lagi persekitaran selesa dan
mengukuhkan imej serta reputasi positif tanpa mengambilkira motif sebenar pengunjung. |
---|