Orientasi keusahawanan dan prestasi perniagaan: pengaruh penyederhana gaya kepimpinan transformasi
Hasil kajian lepas menunjukkan terdapat hubungan yang tidak konsisten antara strategi orientasi keusahawanan dengan prestasi perniagaan.Sehubungan dengan itu, kajian empirikal ini cuba mencari jawapan tentang hubungan antara pembolehubah orientasi keusahawanan dengan prestasi perniagaan serta peng...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2013
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/6963/ http://journalarticle.ukm.my/6963/ http://journalarticle.ukm.my/6963/1/3633-8096-1-PB.pdf |
Summary: | Hasil kajian lepas menunjukkan terdapat hubungan yang tidak konsisten antara strategi orientasi keusahawanan
dengan prestasi perniagaan.Sehubungan dengan itu, kajian empirikal ini cuba mencari jawapan tentang hubungan antara
pembolehubah orientasi keusahawanan dengan prestasi perniagaan serta pengaruh pembolehubah penyederhana gaya
kepimpinan transformasi dalam kalangan PKS di Malaysia. Sebanyak 143 buah firma PKS di Malaysia telah dijadikan
sampel dalam kajian ini yang dipilih secara rawak mudah. Analisis kolerasi, regresi berganda dan regresi berhierarki
telah digunakan untuk menjawab semua hipotesis kajian. Keputusan kajian menunjukkan ketiga-tiga pembolehubah
tidak bersandar iaitu inovasi, proaktif dan pengambilan risiko mempunyai hubungan yang signifikan positif dengan
prestasi perniagaan. Hasil kajian juga turut mendapati pembolehubah penyederhana gaya kepimpinan transformasi
mempengaruhi hubungan antara inovasi dan pengambilan risiko dengan prestasi perniagaan. Dapatan dari kajian ini
diharap dapat dimanfaatkan oleh pihak kerajaan, usahawan, pengkaji lain, dan pihak-pihak yang berkepentingan dalam
bidang kepimpinan keusahawanan. |
---|