Hubungan amalan pengurusan keselamatan dengan pematuhan keselamatan pekerjaan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk menguji hubungan antara amalan pengurusan keselamatan dengan tingkah laku pematuhan keselamatan pekerjaan. Enam dimensi amalan pengurusan keselamatan adalah komitmen pengurusan, latihan keselamatan, penglibatan pekerja, komunikasi dan maklum balas, peraturan dan prosedur...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Chandrakantan Subramaniam, Md Lazim Mohd Zin, Siti Rohani Nadir
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6965/
http://journalarticle.ukm.my/6965/
http://journalarticle.ukm.my/6965/1/3635-8094-1-PB.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menguji hubungan antara amalan pengurusan keselamatan dengan tingkah laku pematuhan keselamatan pekerjaan. Enam dimensi amalan pengurusan keselamatan adalah komitmen pengurusan, latihan keselamatan, penglibatan pekerja, komunikasi dan maklum balas, peraturan dan prosedur serta dasar promosi keselamatan. Bagi mencapai objektif kajian, sebanyak 270 set soal selidik telah diedarkan kepada pegawai bomba gred KB17 di 9 buah balai bomba di Selangor. Analisis regresi mendapati bahawa komitmen pihak pengurusan, latihan keselamatan dan peraturan, dan prosedur keselamatan mempunyai hubungan yang signifikan dengan pematuhan keselamatan pekerjaan. Manakala faktor-faktor lain iaitu penglibatan pekerja, dasar promosi keselamatan, dan komunikasi dan maklum balas tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan pematuhan keselamatan pekerjaan. Kertas ini turut membincangkan implikasi dan limitasi kajian, dan cadangan untuk kajian susulan.