Korelasi pekali kekasaran kekar (JRC) dengan sudut geseran puncak satah ketakselanjaran batuan granit, Semenanjung Malaysia

Kekasaran permukaan satah ketakselanjaran adalah parameter penting untuk penilaian kestabilan struktur pengorekan dalam jasad batuan kerana ia mempengaruhi tingkah-laku ricihan dan nilai sudut geseran puncak satah tersebut. Beberapa kaedah boleh digunakan untuk menentukan kekasaran permukaan ketakse...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: T.L., Goh, Ghani Rafek, A., Hariri Arifin, M.
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/7157/
http://journalarticle.ukm.my/7157/
http://journalarticle.ukm.my/7157/1/14_T.L._Goh.pdf
Description
Summary:Kekasaran permukaan satah ketakselanjaran adalah parameter penting untuk penilaian kestabilan struktur pengorekan dalam jasad batuan kerana ia mempengaruhi tingkah-laku ricihan dan nilai sudut geseran puncak satah tersebut. Beberapa kaedah boleh digunakan untuk menentukan kekasaran permukaan ketakselanjaran. Kertas ini memperkenalkan satu pendekatan yang mudah dalam bentuk tiga (3) persamaan polinominal untuk mengkorelasikan sudut geseran puncak ketakselanjaran (fp) batuan granit segar, terluluhawa sedikit dan terluluhawa sederhana dengan pekali kekasaran kekar, (JRC). Persamaan polinominal ketakselanjaran batuan granit segar ialah fp1 = -0.071JRC2 + 3.56JRC + 35.6. Persamaan polinominal ketakselanjaran batuan granit terluluhawa sedikit dan terluluhawa sederhana masing-masing ialah fp2 = -0.087JRC2 + 4.32JRC + 34.1 dan fp3 = -0.133JRC2 + 5.08JRC + 29. Hasil kajian ini memberikan satu kaedah alternatif penganggaran nilai fp satah ketakselanjaran daripada penentuan nilai PKK pada permukaan ketakselanjaran batuan granit di lapangan.