Memperkasakan pelajar pasca-siswazah Indonesia dalam penulisan akademik Bahasa Melayu
Menurut perangkaan kemasukan pelajar pasca-siswazah antarabangsa sesi 2004/2005 di UKM, bilangan pelajar Indonesia merupakan yang tertinggi berbanding pelajar antarabangsa yang lain. Untuk memenuhi keperluan pengijazahan pelajar-pelajar pascasiswazah ini dikehendaki menulis tesis atau disertasi di...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UKM
2006
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/748/ http://journalarticle.ukm.my/748/ http://journalarticle.ukm.my/748/1/Vol_6_1_2006.pdf |
Summary: | Menurut perangkaan kemasukan pelajar pasca-siswazah antarabangsa sesi 2004/2005 di UKM, bilangan pelajar Indonesia merupakan yang tertinggi berbanding pelajar
antarabangsa yang lain. Untuk memenuhi keperluan pengijazahan pelajar-pelajar pascasiswazah ini dikehendaki menulis tesis atau disertasi di dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris namun kebanyakan pelajar Indonesia ini lebih cenderung memilih untuk menulis di dalam bahasa Melayu. Masalahnya mula timbul dalam pemilihan kata atau ungkapan dalam penulisan mereka sehingga mengganggu kelancaran pemahaman pembaca. Kertas kerja ini akan membentangkan dapatan kajian kami di Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, FSSK dengan kerjasama Pusat Pengajian Siswazah (PPS), UKM. Kajian ini bertujuan untuk melihat variasi makna laras akademik di antara bahasa Melayu dan
bahasa Indonesia. Dapatan kajian menunjukkan masalah pemahaman timbul ekoran dari tiga perbezaan yang ketara di antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Perbezaan
tersebut ialah pertama, istilah/ungkapan yang berbeza tetapi merujuk kepada makna yang sama, kedua ialah istilah/ungkapan yang sama digunakan tetapi membawa makna yang berbeza dan ketiga ialah amalan mentransliterasi bahasa Inggeris dalam bahasa
Indonesia. |
---|