Educational needs among stroke patients admitted to Hospital Universiti Sains Malaysia: preliminary findings

Kajian ini dijalankan untuk menentukan jenis keperluan pendidikan di kalangan pesakit strok di Hospital Universiti Sains Malaysia. Pesakit strok (n = 41) dipilih menggunakan persampelan mudah dari Wad Perubatan dan Pembedahan antara September hingga Disember 2012. Data diperolehi menggunakan bor...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Siti Noorkhairina Sowtali, Sakinah Harith
Format: Article
Language:English
Published: penerbit ukm 2014
Subjects:
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/7485/
http://journalarticle.ukm.my/7485/
http://journalarticle.ukm.my/7485/1/Educational_Needs_among_Stroke_Patients.pdf
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk menentukan jenis keperluan pendidikan di kalangan pesakit strok di Hospital Universiti Sains Malaysia. Pesakit strok (n = 41) dipilih menggunakan persampelan mudah dari Wad Perubatan dan Pembedahan antara September hingga Disember 2012. Data diperolehi menggunakan borang kaji selidik separa berpandu dan laporan perubatan. Pesakit diberi masa yang mencukupi untuk melengkapkan sejarah gaya hidup dan keperluan pendidikan berkaitan strok dengan bantuan penyelidik. Instrumen tentang keperluan pendidikan terdiri daripada lima tema termasuk maklumat umum mengenai strok, pengurusan faktor risiko, rawatan strok, rehabilitasi dan masalah pasca strok serta pengurusan pemakanan pasca strok. Hasil kajian menunjukkan majoriti pesakit strok adalah perempuan (58.5%), berusia antara 56 hingga 65 tahun (39.0%) dan menghidap strok iskemia (68.3%). Pesakit mempunyai sejarah tekanan darah tinggi (85.4%), kencing manis (46.3%), hiperlipidemia (29.3%), penyakit jantung iskemia (22.0%) dan fi brilasi atrium (2.4%). Sebelas daripada mereka (26.9%) adalah bekas perokok dan ramai mengamalkan gaya hidup kurang sihat seperti kurang bersenam (80.5%) dan gemar makanan bergoreng (68.3%). Kebanyakan pesakit diperskripsi pelbagai ubatan (92.7%) untuk merawat penyakit mereka. Secara umum, keperluan pendidikan yang paling ingin diketahui oleh pesakit strok adalah tentang pencegahan (92.7%), pengurusan bantuan kecemasan (85.4%), komplikasi (85.4%) dan kejadian strok berulang (85.4%). Keperluan pendidikan lain yang ingin diketahui ialah kemungkinan sembuh melalui ubatan (92.7%), senaman sendi (82.9%), pengambilan ikan (78.0%), pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran selepas strok (78.0%). Hasil kajian ini memberikan maklumat asas jenis keperluan pendidikan dalam kalangan pesakit strok. Intervensi pendidikan pesakit perlu dilaksanakan secara rutin untuk pencegahan awal dan pencegahan strok berulang di hospital dan komuniti