Maria Zaitun dalam Salam Maria lambang wanita mukmin masa kini

Novel Salam Maria memaparkan watak Maria Zaitun wanita mukmin yang mementingkan kerohanian dan juga keduniaan seadanya sahaja. Maria Zaitun telah menggunakan seluruh kehidupannya membantu wanita lain yang bernasib malang. Wanita yang mempunyai pelbagai masalah dan dihimpit penderitaan bangun dalam...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Kalthum Ibrahim
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2006
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/749/
http://journalarticle.ukm.my/749/
http://journalarticle.ukm.my/749/1/Vol_6_1_2006.pdf
Description
Summary:Novel Salam Maria memaparkan watak Maria Zaitun wanita mukmin yang mementingkan kerohanian dan juga keduniaan seadanya sahaja. Maria Zaitun telah menggunakan seluruh kehidupannya membantu wanita lain yang bernasib malang. Wanita yang mempunyai pelbagai masalah dan dihimpit penderitaan bangun dalam dunia Maria Zaitun sebagai manusia yang dapat memainkan peranan dalam pembangunan ummah. Bagi Maria Zaitun kehidupan di dunia merupakan tapak dia mendapat syurga di akhirat. Itulah kejayaan yang sebenar yang seharusnya dicapai oleh setiap manusia yang bergelar muslim dan mukmin. Fatimah Busu dalam novel tersebut mengkritik masyarakat Melayu Islam, kezaliman yang berlaku dalam masyarakat, dan memberi hak orang kurang upaya, mangsa sumbang mahram untuk terus menjalani kehidupan. Salam Maria merupakan satu peranan yang dapat dimainkan oleh pengarangnya untuk menyampaikan mesej “Nur Keislaman”. Manusia sudah jauh daripada kehidupan yang sempurna, dan diharapkan melalui pembacaan, pengkajian dan penghuraian yang dibuat daripada novel ini menyedarkan masyarakat tentang kepentingan hidup yang berlandaskan keislaman bagi menjadi masyarakat yang berjaya. Media juga seharusnya dapat memainkan peranan sebaik mungkin dalam memulihkan masalah kejatuhan moral yang parah dalam masyarakat kini. Tanpa pedoman dan dorongan serta contoh yang baik wanita kurang mengetahui arah tujuan sebenar kehidupan, oleh itu dengan adanya novel seperti ini menjadikan pembaca berfikir dan membolehkan pembaca menilai dan mengikuti cara yang baik melalui watak Maria Zaitun untuk meneruskan kehidupan dalam dunia globalisasi ini.